Home » , » Bangkai paus dan serpihan pesawat ditemui terdampar

Bangkai paus dan serpihan pesawat ditemui terdampar

Written By aku on Friday 29 January 2016 | 3:06 pm


BESUT - Penduduk Kampung Beting Lintang, Besut bukan sahaja digemparkan dengan penemuan objek logam dipercayai serpihan pesawat yang dikaitkan dengan MH370, tetapi turut dikejutkan dengan penemuan seekor ikan gergasi dipercayai paus di kawasan pantai kampung berkenaan, semalam.

Bangkai ikan yang dianggarkan melebihi 1,000 kilogram dan sepanjang lebih 6 meter itu ditemui seorang penduduk yang kebetulan melalui kawasan pantai berkenaan.

Pengerusi JKKK Beting Lintang, Ghazali Daud berkata, ikan itu didakwa dijumpai seorang penduduk yang sedang mencari barangan terbuang di sepanjang pantai berkenaan, kira-kira jam 9 pagi.

Menurutnya, kejadian itu merupakan kejadian kedua bangkai haiwan gergasi ditemui terdampar di kawasan berkenaan, selepas yang terakhir kira-kira 10 tahun dahulu membabitkan ikan bersaiz hampir sama.

“Penduduk percaya bangkai ikan yang ditemui hari ini (semalam) telah mati beberapa hari lalu kerana berbau dan bahagian ekor reput.

“Ikan itu dipercayai terdampar setelah dihanyutkan ombak dalam kejadian fenomena air laut pasang besar yang berlaku sejak Selasa lalu. Bangkai ikan itu baru dapat dilihat semalam (kelmarin) setelah air laut surut, manakala sebahagian kecil bahagian bawah ikan telah tertimbus dalam pasir,” katanya.

Ghazali turut tidak menyangka kampung berkenaan akan menjadi tumpuan ramai selepas dua penemuan dianggap unik di pantai.

Menurutnya, selain bangkai paus, penduduk turut menemui objek logam didakwa serpihan pesawat, sehingga menimbulkan spekulasi mendakwa ia adalah serpihan pesawat MH370.

Sementara itu, menurut sumber Jabatan Perikanan daerah, Jabatan Perikanan negeri telah menghantar pegawai untuk menjalankan siasatan di lokasi penemuan pada petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof turut melawat lokasi kedua-dua penemuan itu, petang semalam.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger