Home » , » Kereta pencuri terbakar, lembu curi rentung

Kereta pencuri terbakar, lembu curi rentung

Written By aku on Wednesday 16 March 2016 | 1:57 pm


JERTIH: Cubaan dua lelaki mencuri seekor lembu bukan sahaja gagal kerana kereta mereka terbakar malah lembu terbabit rentung dalam kejadian di Kampung Bukit Kenak, dekat sini, awal pagi tadi. Perbuatan dua pencuri itu disedari polis yang mengekori kereta Nissan Celfiro dinaiki mereka dari arah Kuala Terengganu ke Jertih, kira-kira jam 4 pagi. Menyedari diekori, dua lelaki dalam lingkungan 30an itu cuba melarikan diri bagaimanapun kereta mereka berasap dan terbakar sebaik tiba di kampung berkenaan. Suspek memberhentikan kenderaan dan cuba melarikan diri
meninggalkan lembu curi yang diletakkan di tempat duduk belakang, namun polis berjaya menahan seorang daripada mereka di lokasi kejadian, manakala seorang lagi meloloskan diri. Kereta Nissan Cefiro dinaiki dua suspek musnah terbakar, manakala lembu curi itu rentung. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah, ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan.

Selanjutnya di : http://www.bhplus.com.my/node/134179
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger