Home » » Projek Bina Semula Pasar Payang Peringkat Akhir Sedia Dokumen Tender

Projek Bina Semula Pasar Payang Peringkat Akhir Sedia Dokumen Tender

Written By aku on Wednesday 16 March 2016 | 12:17 pm


Projek pembangunan semula Pasar Payang kini berada di peringkat akhir penyediaan dokumen tender oleh pihak konsultan menerusi pemantauan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu bagi tujuan kelulusan untuk proses perolehan di Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Kos projek berdasarkan persetujuan semasa Makmal Pengurusan Nilai yang melibatkan jumlah  RM76.3 juta dan dijangka bermula pada April 2016 sebelum dijadualkan siap pada penghujung tahun 2018.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, setiap permasalahan berkaitan penempatan perpindahan sementara peniaga di Pasar Payang sudah diselesaikan menerusi pertemuan dan rundingan bersama peniaga serta ahli Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Terengganu.

Katanya, tempoh pelaksanaan pembinaan yang dibimbangi tidak dapat disiapkan pada tahun semasa diselesaikan dengan cadangan kaedah pembinaan secara `fast track’ oleh pihak konsultan dalam tempoh lapan bulan.

“Kerajaan negeri juga bersetuju untuk tidak melakukan penambahan permohonan lot-lot kedai  atau mengekalkan jumlah ruang niaga sedia ada tanpa tambahan baru,”katanya.

Katanya, terdapat 408 lot niaga (bilik) seperti kedai emas runcit, pakaian, alatan dapur dan cenderahati, kedai makan, pemborong serta  bilik sejuk yang sedia ada di Pasar Payang.

Selain itu, terdapat 70 peniaga pasar basah yang menjual ikan daging dan ayam.

Sementara itu, daripada 392 lot niaga yang sedia ada, 139 adalah petak kekal,  44 petak kecil,  200 lagi petak sementara dan sembilan lot beras.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger