Home » » Dua maut, kereta bertembung treler

Dua maut, kereta bertembung treler

Written By aku on Friday 5 February 2016 | 3:08 pm


Jertih: Dua maut, seorang cedera selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan treler di Kampung Tok Dor, di sini, 4.15 pagi tadi.
Mangsa yang maut ialah pemandu kereta, Muhammad Faizal Mohd Rani, 21, dan sepupunya, Muhamad Danish Iskandar,7.
Muhamad Amirul Dania Iskandar,10, yang juga abang kepada Muhamad Danish cedera.
Difahamkan, mereka yang menaiki kereta Perodua Myvi itu dalam perjalanan dari Johor ke Pasir Mas, Kelantan.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Jertih terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan mayat Muhamad Faizal yang tersepit di bahagian pemandu.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Khaled Che Lah mengesahkan kejadian itu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/112669#sthash.PlAyzqlD.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger