Home » » Kewujudan Dua Kem Dalam PAS Terengganu Jelas Kelihatan

Kewujudan Dua Kem Dalam PAS Terengganu Jelas Kelihatan

Written By aku on Sunday 13 March 2016 | 9:17 pm


Ketika ini Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diserang dari kalangan rakan sebantal mereka sebelum ini.
Selepas pemilihan parti pada jun yang lalu, golongan ulama’ telah menguasai kepimpinan PAS pusat dan menyingkirkan golongan professional yang berada dalam PAS sejak puluhan tahun.
Sehinggakan parti itu dilanda tsunami politik dalaman sendiri dengan perpecahan yang berlaku lalu tertubuhnya parti politik baru dari professional PAS telah disingkirkan golongan ulama’.

Ramai dari kalangan pemimpin PAS professional itu keluar dan menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN) kerana tidak jelas dengan agenda politik yang dibawa PAS kini.
Dominasi golongan ulama’ PAS ketika ini juga kelihatan tidak jelas asas perjuangan parti itu dengan hanya mahu menjadi penasihat kepada kerajaan  Barisan Nasional(BN) yang diterajui UMNO.

Menurut beberapa sumber dalaman PAS, terdapat kewujudan 2 kem yang sedang melanda PAS terutamanya di negeri Terengganu.
Ianya jelas kelihatan apabila berlangsungnya Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke 13 penggal ke 4 yang lalu dimana nama presiden PAS telah digunakan untuk mendapat sokong dengan usul undi tidak percaya kepada Ahmad Razif Abd Rahman selaku Menteri Besar Terengganu.

Usul yang dibawa oleh adun BN dari Kijal itu mendapat sokongan dari kem Sahtipu Bahri Mamat yang juga adun Paka.
Rata-rata kem Pesuruhjaya PAS Terengganu itu telah menyokong asul berkenaan dan kem Abdul Hadi mengambil sikap berdiam diri semasa didalam sidang DUN berlangsung.
Antara yang turut sama dengan Sahtipu adalah adun-adun PAS yang kali pertama pada penggal ke 13 ini menjadi wakil rakyat turut memberi sokongan kepada Sahtipu.
Manakala kem disebelah Abdul Hadi hanya tunggu dan melihat apa sahaja yang bakal berlaku sedang jika undi itu diteruskan ia tidak akan menjejaskan peranan BN dalam pentadbiran negeri Terengganu.

Presiden PAS itu lari lebih awal semasa sidang  DUN bersambung disebelah petang kerana beliau tidak mahu langsung terlibat dengan perkara-perkara yang menyebabkan hura-hara di mata rakyat negeri itu.

Sedangkan di barisan kem Sahtipu yang kononnya ingin menjadi jaguh dalam arena politik Terengganu dengan mencetuskan suasana tidak harmoni didalam dewan tersebut.
Dan akhirnya Sahtipu menggunakan Abdul Hadi sebagai kambing hitam untuk mencapai matlamatnya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger