Langkawi: Lima belas kaki pancing dilaporkan hilang selepas bot karam kira-kira 10 batu nautika di selatan Pulau Payar, di sini, malam tadi.
Jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 10.41 malam.
Menurutnya, usaha mencari dan menyelamat mengggunakan dua bot APMM, dua bot Polis Marin dan beberapa bot nelayan sedang dilakukan, pagi ini.