Home » » Azmin belanja RM9.7 juta untuk pintu gerbang

Azmin belanja RM9.7 juta untuk pintu gerbang

Written By aku on Saturday 21 November 2015 | 2:56 am


Kenapa kerajaan Selangor membelanjakan RM9.7 juta hanya untuk mencantikkan pintu gerbang, tanya bekas pemimpin PKR dan aktivis pembangkang Badrul Hisham Shahrim.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard mahu Menteri Besar, Azmin Ali membuat penjelasan mengenai perkara tersebut.

"Malangnya di bawah Azmin selaku MB dan Exconya Zaidy Abdul Talib dari PAS telah memilih sebuah syarikat dengan nama 'Islah' (nama Arab) hanya untuk mencantikkan pintu gerbang. Ia sungguh memilukan,"katanya dalam satu kenyataan Jumaat.

Menurutnya, jumlah ini kecil bagi mereka yang sedang menikmati tampuk kuasa tetapi jika jumlah ini disalurkan kepada anak muda dalam bentuk latihan keusahawanan dan pinjaman modal awal perniagaan berapa banyak usahawan muda akan terbentuk.

"Ia hakikat menyakitkan, ini hanya yang terdedah melalui media, apa lagi yang belum terdedah,"tambah beliau.

Menurut Chegu Bard, RM9.7 juta jumlah yang mungkin sikit jika diperkatakan oleh orang yang bergaji puluhan ribu seperti Menteri dan Exco kerajaan negeri mahupun ahli lembaga pengarah.

Katanya, ia jumlah besar bagi marhaen biasa.

Katanya, berpuluh ribu keluarga mampu menarik nafas lega walaupun seketika jika dana itu dicairkan kepada mereka.

Dilaporkan syarikat Islah Niaga Sdn Bhd mendapat projek menaik taraf pintu gerbang tersebut yang secara rasmi dikenali sebagai Kota Darul Ehsan yang menjadi tanda pemisah Selangor dan Kuala Lumpur bernilai RM9.7 juta.
sumber
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger