Suami isteri dikehendaki polis
Written By aku on Thursday, 19 December 2013 | 10:35 am
KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri yang didakwa terlibat dalam kes samun ejen hartanah bakal menghadapi tindakan tegas apabila gagal menghadirkan diri ke mahkamah sebanyak 30 kali.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, waran tangkap kepada pasangan ini juga telah dikeluarkan pada 23 Oktober lalu, namun masih gagal ditemui.
“Sebelum itu, pasangan ini dicekup polis dari Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kerana disyaki melakukan samun dan dituduh di Mahkamah Seksyen 7, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 25 Jun tahun lalu.
Mereka dibenarkan diikat jamin oleh mahkamah. Lelaki itu dijamin RM15,000 sementara isterinya RM2,000.
Menurutnya, kedua-dua mereka yang berusia 34 tahun itu dikenali sebagai Wong Wai Kit dan How Sow Kim. Masing-masing menggunakan alamat terakhir dari Tapah dan Tanjung Malim, Perak.
Chin Wah berkata, sesiapa yang ada maklumat berkaitan pasangan berkenaan diminta menghubungi Asisten Superintendan Arikrishnan di talian 012-6107965 atau Bilik Gerakan JSJ D9 IPK Kuala Lumpur di talian 03-21460685 atau mana-mana balai polis berhampiran, menurut sumber Sinar Harian.
Labels:
Jenayah