Home » » Penyelia didakwa cabul budak empat tahun

Penyelia didakwa cabul budak empat tahun

Written By aku on Thursday 19 December 2013 | 10:49 am


AYER KEROH - Seorang penyelia pembersihan sebuah pasar raya terkenal di negeri ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak yang juga anak rakan sekerjanya, minggu lalu.

Tertuduh, Sheikh Imran Hossain, 30, warga Bangladesh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.

Berdasarkan pertuduhan, Sheikh Imran didakwa mencabul selepas menggunakan kekerasan jenayah apabila menggeselkan kemaluannya dengan kemaluan seorang kanak-kanak berusia empat tahun tujuh bulan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di dalam sebuah bilik  di Jalan Nangka 4, Taman Rumpun Bahagia, Melaka Tengah kira-kira jam 10.30 malam pada 11 Disember 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.
---sinar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger