Home » » 381 nelayan terima elaun sara hidup

381 nelayan terima elaun sara hidup

Written By aku on Saturday 28 November 2015 | 1:28 pm


PENARIK - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM112,600 bagi pembayaran elaun sara hidup yang diberikan secara tunai kepada 381 nelayan di Setiu, dalam usaha mengurangkan beban hidup golongan berkenaan.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, Abdul Hamid Muhammad berkata, setiap nelayan menerima wang bantuan RM250 hingga RM300, bergantung kepada jenis bot yang digunakan.

Menurutnya, penerima elaun adalah nelayan dari 12 kampung yang terletak di sepanjang Pantai Setiu bermula di Kuala Setiu serta Lembah Bidong.

“Oleh itu, kita sangat berharap agar bantuan ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh nelayan untuk menampung keperluan harian, terutamanya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ini.

“Kita sedar dalam situasi sekarang, ramai nelayan terutamanya yang menggunakan bot kecil tidak dapat ke laut kerana ombak besar dan angin kuat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program LKIM Bersama Masyarakat Nelayan dan Penyampaian Bantuan Elaun Sara Hidup Secara Tunai di Dataran Pantai Rhu Sepuluh di sini.

Menurut Abdul Hamid lagi, bantuan yang diberikan itu juga secara tidak langsung mencerminkan komitmen dan keprihatinan kerajaan untuk membantu meringankan beban golongan nelayan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger