Ajal potong pokok
Written By aku on Monday, 23 December 2013 | 12:01 pm
Petaling Jaya: “Boleh diibaratkan hidup matinya diabadikan di tempat tinggalnya sejak kecil walaupun dia sudah berpindah dan tidak menyangka akhirnya dia menemui ajal di sini,” kata Azman Iskandar, 47, rakan kepada Zainal Abidin, 59, yang maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan akibat terjatuh daripada pokok kelapa berketinggian 3.6 meter.
Dalam kejadian jam 5 petang Khamis lalu, mangsa, yang cedera dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) oleh penduduk, namun dia gagal diselamatkan selepas tiga hari bertarung nyawa dan meninggal dunia kira-kira jam 12.30 malam kelmarin.
Menceritakan semula kejadian itu, Azman berkata, mangsa datang ke tempat kejadian di Jalan Aman 3/69 Kawasan Melayu, di sini selepas pemilik sebuah rumah di situ meminta bantuannya untuk menebang pokok kelapa itu kerana bimbang akan menghempap rumahnya.
Menurutnya, arwah memang dikenali penduduk kerana dia tinggal di sini sejak kecil sebelum berpindah ke Jalan Klang Lama beberapa tahun lalu, namun dia tetap datang ke sini berjumpa rakan-rakannya.
“Ketika kejadian itu, hujan renyai-renyai, namun arwah tetap meneruskan kerjanya, malah sebelum itu dia sudah terjatuh kali pertama.
--Hmetro
Labels:
Semasa