Home »
Luar Negara
» Bantahan larangan dedah payu dara gagal
Bantahan larangan dedah payu dara gagal
Written By aku on Tuesday, 24 December 2013 | 10:53 am
Rio de Janeiro: Bantahan yang diuar-uarkan secara meluas bagi mempertahankan hak untuk tampil separuh bogel di pantai bandar raya ini tidak mendapat sambutan Sabtu apabila hanya segelintir wanita yang berbuat demikian.
Lebih 100 jurugambar bersesak di pantai berpasir Ipanema apabila wanita pertama menanggalkan bahagian atas bikininya bagi sebagai membantah undang-undang itu. Hanya tiga atau empat lagi wanita menyusulinya.
“Payudara tidak berbahaya,” kata Olga Salon, 73, penduduk asal Rio sambil menanggalkan colinya.
Brazil mempunyai reputasi sebagai negara seks liberal di peringkat antarabangsa dan berbogel bukan saja boleh diterima, malah turut diamalkan ketika karnival.
Ratusan ribu warga asing yang akan mengunjungi Brazil tahun depan untuk Piala Dunia dan Olimpik dua tahun berikutnya bakal menyaksikan bikini yang mendedahkan bahagian belakang pemakainya.
Namun, mengikut kanun jenayah Brazil bertarikh 1940-an, perbuatan separuh bogel dalam kalangan wanita ialah “tindakan lucah” dan boleh dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan hingga setahun atau denda.
Malah, pengkritik undang-undang mengakui beberapa individu sudah disabitkan dengan kesalahan itu.
Bantahan Sabtu lalu itu adalah kejadian terbaru dalam perdebatan mengenai bahagian tubuh yang dibenarkan didedah di pantai Rio.
Penganjur memberitahu media, langkah itu adalah reaksi terhadap insiden November lalu apabila aktres Cristina Flores dimarahi pengawal pantai selepas dia menanggalkan bajunya ketika sesi penggambaran di pantai Ipanema.
“Mereka meluru ke arah saya dan menjerit sambil mengarahkan saya memakai semula baju, seolah-olah ada bom yang akan meletup jika saya tidak mematuhi arahan,” katanya. - AP
Labels:
Luar Negara