Home » » Curi beg tangan di masjid

Curi beg tangan di masjid

Written By aku on Friday, 20 December 2013 | 3:36 pm


PONTIAN – Seorang remaja lelaki dicekup ketika melarikan sebuah beg tangan yang dicuri di ruang solat wanita di dalam Masjid Jamek Pontian, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang menyedari beg tangannya dilarikan pencuri bertindak menjerit meminta pertolongan.
(Gambar Hiasan)
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Zahaliman Jamin berkata, orang awam yang berada di kedai makan di hadapan masjid bertindak mengejar suspek yang berkaki ayam itu.

“Anggota polis yang sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah yang ternampak beberapa orang awam mengejar suspek bertindak memberkas suspek.

“Barang milik mangsa iaitu wang , telefon bimbit, kunci, dan beberapa dokumen peribadi  yang diletakkan di dalam beg yang dicuri itu ditemui semula daripada suspek,” katanya.

Sementara itu, mangsa Janawati Hussein, 41, berkata, dia tidak sangka kerana terlelap beberapa minit sahaja, beg tangannya dilarikan pencuri.

“Ketika itu, hanya saya seorang sahaja berada di dalam masjid kerana sedang menunggu waktu solat Zohor setelah selesai solat sunat Dhuha.

“Saya hanya sedar beg tangan dicuri selepas terdengar bunyi kunci di dalam beg. Ketika itu, seorang budak lelaki memakai seluar pendek sedang mengambil beg saya,” katanya.

Dia yang bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di sini, kemudiannya bertindak mengejar pencuri tersebut yang berlari begitu pantas.

Salah seorang pekerja kedai makan, Bahrain Ibrahim, 41, memberitahu kejadian itu menggemparkan pengunjung gerai makan yang sedang menikmati makan tengah hari.

“Saya cuba mengejar pencuri yang berkaki ayam itu sejauh kira-kira-kira 100 meter. Mujur ketika itu juga ada anggota polis tiba di tempat kejadian dan berjaya memberkas pencuri itu,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger