Home » » Gas bocor, 3 pekerja restoran di Sogo cedera

Gas bocor, 3 pekerja restoran di Sogo cedera

Written By aku on Friday 20 December 2013 | 3:49 pm


KUALA LUMPUR - Tiga pekerja restoran makanan barat di pusat membeli-belah Sogo di sini, cedera selepas berlaku kebakaran, dipercayai akibat kebocoran gas di dapur restoran itu hari ini.
 
Timbalan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Imam Bukhari Susami berkata, bomba menerima panggilan kira-kira 10 pagi dan menggerakkan enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.
 
"Setibanya di situ, api telah dipadamkan menggunakan alat pemadam api yang terdapat di restoran itu.
 
"Kebakaran hanya berlaku di bahagian dapur dan tidak merebak di bahagian lain. Ketiga-tiga mangsa yang mengalami kesan melecur di beberapa bahagian badan, dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut," katanya.
 
Beliau berkata, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.
 
Sementara itu, seorang pekerja jualan di pusat membeli-belah berkenaan, Awatif Abdullah, 29, berkata beliau terdengar bunyi letupan beberapa kali dari arah restoran sebelum dimaklumkan berlaku kebakaran yang mengakibatkan tiga kakitangan restoran itu cedera.  - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger