Home » » Dakwaan Pemimpin Umno Utamakan Perhimpunan Berbanding Banjir Satu Pembohongan - Shahrizat

Dakwaan Pemimpin Umno Utamakan Perhimpunan Berbanding Banjir Satu Pembohongan - Shahrizat

Written By aku on Friday 6 December 2013 | 8:16 pm


KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Jumaat menyelar pihak yang mendakwa kononnya pemimpin Umno lebih mementingkan perhimpunan agung parti yang berlangsung sekarang berbanding keadaan banjir yang melanda beberapa negeri.

Beliau berkata, Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razakdan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing meninggalkan perhimpunan itu pada Khamis dan Jumaat untuk meninjau kawasan terjejas dan keadaan mangsa banjir.

"Apa yang pembangkang dakwa itu memang pembohongan...Semalam presiden tinggalkan kami (perwakilan perhimpunan) di PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) yang setahun sekali sahaja berjumpa, untuk pergi ke kawasan banjir khususnya di Pahang," kata Shahrizat kepada pemberita di luar perhimpunan itu di sini.

Selepas menyampaikan ucapan dasar presiden Umno semalam, Najib bergegas ke Pahang manakala pada Jumaat Muhyiddin pula berada di Terengganu untuk melihat dengan lebih dekat keadaan banjir selain bentuk bantuan yang diperlukan.

Sambil menegaskan keadaan banjir turut mendapat perhatian banyak pihak termasuk menteri besar, menteri-menteri, anggota Parlimen dan anggota Dewan Undangan Negeri, Shahrizat berkata ada perwakilan dari kawasan terjejas pulang ke kawasan masing-masing.

Shahrizat berkata, kira-kira 4,000 anggota Skuad Sayang Wanita Umno berganding dengan anggota Putera Umno di bawah kendalian Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim membantu mangsa di kawasan terjejas.

Mereka juga akan menawarkan tenaga kepada pelbagai agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, katanya.

"Mereka turun sebagai sukarelawan membantu mangsa di rumah atau jika diperlukan di pusat-pusat pemindahan banjir.

"Skuad Sayang mempunyai kepakaran membantu mangsa banjir kerana lebih lima tahun, apabila ada kejadian banjir, Skuad Sayang menjadi antara sukarelawan pertama membantu mereka," katanya.

Shahrizat berkata, pergerakan itu juga telah melancarkan Tabung Bantuan Mangsa Banjir Skuad Sayang Pergerakan Wanita Umno bagi meringankan beban mangsa banjir. - BERNAMA

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger