Home » » Dua maut laju dalam hujan

Dua maut laju dalam hujan

Written By aku on Monday 23 December 2013 | 9:35 am


Klang: Gara-gara kereta dipandu hilang kawalan kerana jalan basah disebabkan hujan, dua lelaki maut, manakala empat rakan mereka cedera dalam kemalangan di Batu 11, Jalan Kapar, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam itu, mangsa yang terbunuh dikenali sebagai D Pakkiaraj, 16, dan A Surenthiran, 20, maut akibat kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan selepas kereta PROTON Saga dipandu rakannya yang berusia 17 tahun, terbabas ke dalam longkang.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kereta yang dinaiki enam remaja berusia antara 16 dan 20 tahun itu dipercayai dipandu laju dari dari Kuala Selangor menghala ke Kapar. berkata, kereta yang dinaiki mangsa dipercayai cuba memotong sebuah lori sebelum hilang kawalan dan terbabas ke dalam longkang di kiri jalan.

“Ketika kejadian, jalan raya licin kerana hujan dan kereta yang dipandu laju mangsa hilang kawalan gara- gara cuba memotong sebuah lori.

“PROTON Saga yang dinaiki mereka kemudiannya terbabas sebelum masuk ke dalam longkang di sebelah kiri jalan menyebabkan dua mangsa yang duduk di bahagian penumpang depan dan belakang terbunuh,” katanya.

Menurutnya, seorang daripada remaja berkenaan cedera parah di kepala dan patah tangan kanan, manakala tiga lagi remaja lagi bernasib baik hanya cedera ringan.

 --Hmetro
Tambahnya, kemalangan terbabit dilaporkan pemilik kereta terbabit yang juga rakan kepada seorang daripada mangsa sejurus kejadian.


“Mangsa berusia 16 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Klinik Kesihatan Kapar, manakala seorang lagi mangsa pula meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), manakala empat lagi mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital yang sama,” katanya.

Katanya, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia dibedah siasat pakar perubatan HTAR sebelum diserahkan kepada waris masing-masing untuk urusan pengebumian.

Zawary berkata, keterangan daripada mangsa yang cedera akan diambil dalam masa terdekat selepas semua mereka stabil dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987. Beliau
--Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger