Home » » Dua suspek rompak cip mikro ditahan

Dua suspek rompak cip mikro ditahan

Written By aku on Monday 23 December 2013 | 5:01 pm


GEORGETOWN: Polis menahan dua lagi lelaki berhubung kes rompakan cip mikro bernilai RM800,000 milik sebuah kilang elektronik di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas di sini Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan berkata, mereka yang berusia sekitar 30-an dan 40-an itu ditahan di Ipoh, Perak sehari selepas kejadian.

Setakat ini polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pemandu lori berusia 40-an yang ditahan pada malam kejadian.

"Seorang dari suspek ada rekod jenayah dadah. Sasaran kita kini ialah untuk menjejaki suspek utama yang dipercayai berada di luar Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Thaiveegan berkata, siasatan masih dijalankan sementara baki 10 kotak cip masih belum ditemui.


Beliau juga berkata nilai cip mikro yang keseluruhan terdapat dalam 22 kotak dan dirompak pada pukul 9 malam itu sebenarnya bernilai RM1.5 juta dan bukan RM5 juta seperti yang dilaporkan terdahulu.

Daripada jumlah 22 kotak cip itu, sebanyak 12 kotak ditemui semula dalam sebuah lori berhampiran tempat kejadian setelah polis mengesan kedudukan lori itu menerusi sistem penentu kedudukan global (GPS).

Polis percaya rompakan itu turut membabitkan orang dalam. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger