Home » » Ejen rumah jumpa 2 mayat

Ejen rumah jumpa 2 mayat

Written By aku on Thursday 19 December 2013 | 2:06 pm


DAMANSARA DAMAI - Seorang ejen pengutip sewa rumah yang mahu mengutip jumlah tunggakan bayaran di salah sebuah kediaman di Apartment Lestari Blok B, dikejutkan dengan penemuan dua mayat terbaring, semalam.

Ejen berkenaan yang dikenali sebagai Gan, 48, datang ke rumah berkenaan ekoran kegagalan penyewanya menjelaskan tunggakan sewa sejak beberapa bulan lalu.

Menurut Gan, sebaik tiba di rumah berkenaan kira-kira jam 1 petang, penyewa enggan membuka pintu walaupun selepas dia cuba menghubungi penghuni berkenaan.

“Panggilan telefon tidak berjawab tetapi saya ada terhidu bau busuk datang dari rumah berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sangsi dengan bau berkenaan, Gan kemudiannya mengambil keputusan memecahkan pintu rumah bagi mendapatkan kepastian.

Dia berasa amat terkejut apabila mendapati terdapat dua mayat terbaring di dalam bilik utama rumah berkenaan.

“Saya amat terkejut dan terus membuat laporan di Balai Polis Sungai Buloh berhubung penemuan berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Fadil Marsus berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu menerusi laporan yang dibuat ejen berkenaan kira-kira jam 1 petang.

Menurut Fadil, hasil siasatan polis mendapati salah satu mayat berkenaan merupakan wanita warga tempatan dan berusia lingkungan 18 tahun.

“Manakala mangsa lelaki tersebut masih belum dapat dikenal pasti identitinya dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Jelas Fadil, siasatan awal polis mendapati kedua-dua mayat berkenaan dipercayai dibunuh berikutan terdapat kesan darah yang ditemui di tempat kejadian.

Pihaknya turut menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh mangsa.

“Kita sedang menyiasat lebih lanjut kes ini dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat diminta membuat laporan di balai polis,” katanya yang percaya mangas dibunuh kira-kira 3 ke 4 hari lalu dan siasatan akan dijalankan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
---Sinar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger