Himpunan Guling Kerajaan' Pada Malam Tahun Baru HARAM - Khalid
Written By aku on Wednesday, 18 December 2013 | 8:06 pm
Polis sedang menyiasat rancangan untuk mengadakan perhimpunan haram yang didakwa akan diadakan pada malam Tahun Baru dan pihaknya akan mengambil langkah proaktif untuk menghalang kejadian itu daripada berlaku.
Menganggap ia sebagai ancaman kepada keselamatan negara, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan mengambil tindakan selannjutnya bagi memastikan perhimpunan berkenaan tidak akan dijalankan.
“Mereka telah membuat hebahan di Internet dan laman media sosial, namun kita masih lagi memastikan kesahihannya setakat ini,” katanya pada sidang media di Bukit Aman pada Rabu.
Khalid menggesa orang ramai tidak menyertai perhimpunan yang dikenali sebagai, ‘Himpunan Guling Kerajaan’ yang diklasifikasikan sebagai haram.
Beliau berkata mereka yang terlibat dengan perhimpunan tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan bagi aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen serta Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (Sosma).
Khalid berkata pihak polis juga sedang mengesan individu yang gambarnya dipaparkan pada sepanduk mengenai perhimpunan tersebut, dan menggesanya tampil bagi membantu siasatan.
Khalid berkata demikian kepada pemberita selepas menerima sumbangan bernilai RM30,000 daripada Persatuan Korea di Malaysia
Sumbangan disampaikan oleh persatuan berkenaan sebagai mewakili Duta Republik Korea ke Malaysia, Cho Byung-Jae.
Labels:
Semasa