Home » » Kes AMBANK: ‘Joemar’ Mungkin Tukar Penampilan Elak Dikesan

Kes AMBANK: ‘Joemar’ Mungkin Tukar Penampilan Elak Dikesan

Written By aku on Wednesday, 4 December 2013 | 10:12 pm



Suspek rompakan Ambank Subang Jaya,Lelaki  yang bersubahat dengan suspek utama kini disyaki sudah menukar imejnya dalam usahanya mengelak daripada diberkas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ketua Polis Negeri Selangor Datuk Shukri Dahlan berkata terdapat kemungkinan yang besar suspek, Joemar Omar, 29 tahun yang dipercayai bertanggungjawab merancang rompakan dan membantu suspek utama melepaskan diri sudah menukar wajahnya supaya dia sukar dikesan.
“Ketika ini, mungkin dia sudah mula memakai rambut palsu, janggut palsu atau menukar beberapa ciri pada wajahnya untuk mengelak dikenali, kami tidak mengetahui di mana dia berada, saya juga tidak mahu komen sama ada suspek masih di Malaysia atau di mana sahaja.
“Kami sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa dalam buruan ini, kami tidak akan berputus asa dan kami yakin kami akan berjaya memberkasnya tidak lama lagi,” kata Shukri memetik laporan The Star Online.
Joemar dipercayai berasal daripada kampung yang sama dengan suspek utama La Ode Ardi Rasila, 36 tahun, bekas pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib pada hari kejadian.
Dia kemudian merompak wang dalam bilik kebal bank itu dan melarikan wang berjumlah RM450,000.
Kedua-dua disyaki merancang rompakan itu dengan Joemar menunggu di luar bank dengan kereta untuk membawa La Ode melarikan diri pada 23 Oktober lepas.
Joemar juga memiliki kad pengenalan MyKad palsu dengan nama Osman Salleh dengan nombor 840713-12-5207.
--terengganutoday
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger