Home » » Kes bunuh – Mak Engku direman

Kes bunuh – Mak Engku direman

Written By aku on Thursday 12 December 2013 | 2:43 pm


KUALA SELANGOR – Seorang wanita warga emas direman 14 hari bermula semalam bagi membantu siasatan berkaitan kes pembunuhan penjaga cicak tokek yang mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta yang separuh tenggelam di lombong Jalan Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini pada 30 Ogos lalu.
Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Kuala Selangor, Shah Wira Abdul Halim dan wanita yang berusia 60 tahun yang popular dengan panggilan Mak Engku disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 (Pindaan dan Pemerluasan 2013) dan Seksyen 12 akta sama.
Suspek merupakan wanita pertama yang ditahan mengikut akta berkenaan di negara ini.
Pada Oktober lalu, Rang Undang-undang bagi meminda PCA 1959 yang diluluskan di Dewan Rakyat digubal bagi mengekang aktiviti jenayah berat dan jenayah terancang yang semakin meningkat di negara ini.
Terdahulu, Mak Engku yang ditangkap ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor tiba di mahkamah pada pukul 10.50 pagi sebelum warga emas itu dibawa keluar ke depan majistret pada pukul 11.30 pagi.
Berdasarkan laporan, Mak Engku ditahan polis di satu lokasi di Kuala Selangor pada pukul 2 pagi, 11 September lalu bagi bagi membantu siasatan kes pembunuhan penjaga cicak tokek, Syairul Helmy Azhar, 24.
Sejak itu, Mak Engku ditahan dan turut disiasat oleh polis Pahang dan Perak mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai terlibat dalam kes-kes penipuan urusan perniagaan di Perak dan Pahang, menurut sumber Kosmo.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger