Home »
Semasa
» KISAH MB TERENGGANU JADI ROBIN HOOD DI CERITAKAN SENDIRI OLEH PEMANDU LORI ROTI GARDENIA DI TEMPAT KEJADIAN....
KISAH MB TERENGGANU JADI ROBIN HOOD DI CERITAKAN SENDIRI OLEH PEMANDU LORI ROTI GARDENIA DI TEMPAT KEJADIAN....
Written By aku on Tuesday, 17 December 2013 | 6:45 pm
EKSKLUSIF OLEH: RUSLAN ABDUL RAHMAN- Pengarang Teganukita.
Menteri Besar Terengganu , Dato’ Seri Haji Ahmad Said dilaporkan mengambil roti dari beberapa buah lori Gardenia untuk dibahagikan kepada para pengguna jalan raya Kuantan- Kemaman yang terperangkap banjir di Cendor, sempadan Kemaman Terengganu dan Pahang baru-baru ini.
Ramai yang ingin tahu kisah sebenar tentang kejadian 5 Disember 2013 yang lalu itu.
Apakah diambil secara tidak sah atau dengan keizinan? Apakah menjadi ‘Robin Hood’ atau itu hanya momokan untuk memburuk-burukkan beliau.
“Bagi saya Menteri Besar Terengganu seorang yang baik hati, berani dan sanggup berkorban demi menyelamatkan pengguna-pengguna jalan raya terutama kanak-kanak dan orang tua yang kelaparan,” kata Encik Jumat Mamat, 43 tahun, pemandu lori roti Gardenia yang terperangkap banjir di jalan utama Kuantan- Kemaman iaitu di Cendor.
Baginya itulah pemimpin contoh yang dikagumi kerana telah bertindak berani dan tepat demi menyelamatkan mangsa banjir yang kelaparan sejak dua hari di situ dan sekaligus menafikan sama sekali dakyah yang menuduh Dato’ Seri Haji Ahmad menjadi ‘Robin Hood’, merampas roti untuk diagih-agihkan kepada orang ramai, pengguna jalan raya yang terperangkap di situ sejak dua hari lebih.
“MB Terengganu ambil dan membuka pintu lori itu dengan keizinan saya setelah menghubungi bos saya melalui telefon,” kata Jumat seorang pemandu yang setia pada majikannya.
Ikuti kisah selanjutnya bahagian kedua ESOK..
Bahagian 2 >sini<
Labels:
Semasa