Home » » Lapan ditahan curi 26 jentera berat

Lapan ditahan curi 26 jentera berat

Written By aku on Wednesday 11 December 2013 | 12:49 pm



Kuala Lumpur: Polis menemui semula 26 unit jentera berat yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang selepas menahan lapan anggota sindiket dalam beberapa siri serbuan sehingga semalam.
(Gambar Hiasan)
Kegiatan sindiket ini terbongkar selepas Pasukan Operasi Cantas (Ops Cantas) Lejang Pahang, menahan seorang lelaki berusia 35 tahun dan berasal dari Felda Tonkin Jengka 23, pada 23 November lalu, bagi membantu siasatan berhubung kes curi jentera berat yang dilaporkan di Mentakab, Pahang, awal bulan lalu.

SKUAD
Lapan ditahan curi 26 jentera berat
2013/12/11 - 05:59:35 AM Oleh Safeek Affendy Razali Cetak Emel Kawan

Kuala Lumpur: Polis menemui semula 26 unit jentera berat yang dilaporkan hilang di sekitar Lembah Klang, Negeri Sembilan, Perak dan Pahang selepas menahan lapan anggota sindiket dalam beberapa siri serbuan sehingga semalam.

Kegiatan sindiket ini terbongkar selepas Pasukan Operasi Cantas (Ops Cantas) Lejang Pahang, menahan seorang lelaki berusia 35 tahun dan berasal dari Felda Tonkin Jengka 23, pada 23 November lalu, bagi membantu siasatan berhubung kes curi jentera berat yang dilaporkan di Mentakab, Pahang, awal bulan lalu.


Hasil soal siasat terhadap suspek terbabit mendedahkan maklumat individu yang membeli sebahagian daripada jentera yang dilarikan termasuk beberapa peneroka FELDA di sekitar Temerloh, Jengka, Karak dan Triang.

Susulan itu, sebahagian besar individu yang membeli jentera berkenaan tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh, sejak 1 Disember lalu, selepas menerima maklumat penahanan suspek dan menyerahkan jentera berat yang dibeli dengan harga murah kepada polis.

Berdasarkan laporan dan maklumat yang diterima daripada semua pembeli ini, polis turut merampas surat akuan perjanjian pembelian antara pembeli dan suspek, surat pengesahan penjualan jentera atas nama sebuah syarikat, geran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), salinan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan salinan kad pengenalan suspek sebagai penjual dan pembeli.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata lapan suspek yang ditahan adalah anggota sindiket terbabit yang memainkan pelbagai peranan termasuk melarikan jentera berat, menyimpan, menjual dan menukar geran kenderaan berkenaan.

Setakat ini kita masih berusaha mengesan saki-baki anggota sindiket ini termasuk dalang utama yang merancang kegiatan ini yang dipercayai masih berada dalam negara ini, katanya dalam sidang media pada Majlis Anugerah Balai League Table 2013, di sini, semalam.
--Bharian
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger