Lelaki mengamuk pecah pintu cermin bank
Written By aku on Wednesday, 18 December 2013 | 8:02 am
KANGAR – Pintu sebuah bank di Jalan Seruling Kangar, di sini, pecah apabila seorang lelaki Berusia 20 tahun yang dipercayai kurang siuman mengamuk dalam kejadian awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, lelaki itu pada mulanya masuk ke sebuah bank lain dan menggeledah tong sampah di bank terbabit.
“Namun kira-kira pada jam 6.45 pagi, suspek kemudiannya berjalan kaki ke bank berlainan yang berhampiran dengan bank pertama dan apabila sampai di situ, lelaki ini terus mengamuk dengan memecah pintu cermin bank terbabit menggunakan besi.
“Besi itu kita percaya dia jumpa semasa dalam perjalanan ke bank terbabit, namun sebaik sahaja memecahkan cermin di situ, lelaki
terbabit melarikan diri ke bangunan KWSP yang tidak jauh dari bank terbabit,” katanya kepada Sinar Harian.
Abdul Rahman berkata, polis yang menerima maklumat orang awam berjaya menahan suspek di bangunan terbabit sebelum menghantarnya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).
Katanya, lelaki yang berasal dari Kaki Bukit, Beseri, Padang Besar itu disahkan mengalami masalah mental oleh pakar psikiatri HTF.
“Lelaki ini memakai baju serta berseluar panjang tidak mengalami sebarang kecederaan malah dia tidak melawan sewaktu ditahan.
“Sebelum ini, lelaki terbabit tidak pernah kelihatan di sekitar Kangar dan kita masih siasat bagaimana dia boleh berada di sini,” katanya.
Menurutnya, polis akan menyiasat kes terbabit mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan Keadaan pintu cermin bank yang dipecahkan lelaki kurang siuman. khianat.
Labels:
Jenayah