Home » » Mangsa tembak meninggal

Mangsa tembak meninggal

Written By aku on Tuesday 17 December 2013 | 6:58 am


Shah Alam: Selepas dua hari bertarung nyawa, penjual kuih yang ditembak ketika bertemu seorang lelaki tidak dikenali di Jalan Sri Pelangi 1, Bestari Jaya, Kuala Selangor, kelmarin, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh (HSB), semalam.

Tan Wai Keong, 45, menjalani tiga pembedahan sebelum meninggal dunia terakhir kira-kira jam 1.30 tengah hari akibat kecederaan di perut kerana tembakan berkenaan.


Menurut sumber, mangsa dibawa ke HSB dengan ambulans selepas mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta berhampiran tempat kejadian.
“Mangsa cedera parah selepas tembakan yang dilepaskan suspek dari jarak kurang 10 meter menembusi badannya,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan perkara itu dan berkata, pihaknya sudah mengambil keterangan ahli keluarga mangsa serta beberapa saksi kejadian.


“Setakat ini, tiada perkembangan terbaru mengenai kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.

“Kami masih menyiasat motif kejadian sama ada membabitkan dendam atau sebab lain,” katanya.


Harian Metro semalam melaporkan penjual kuih terbabit sempat menghubungi sepupunya sebelum memandu dalam keadaan berlumuran darah sejauh 150 meter selepas ditembak.

Kejadian berlaku jam 9.30 malam selepas mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki tidak dikenali yang mahu bertemunya di kawasan pembinaan berdekatan rumahnya.
--Berita penuh Di Harian Metro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger