Home » , » PEMUDA UMNO LUBUK KAWAH SIAP SEDIA HADAPI BANJIR.

PEMUDA UMNO LUBUK KAWAH SIAP SEDIA HADAPI BANJIR.

Written By aku on Wednesday 11 December 2013 | 2:19 pm



Besut - 11/12/2013 Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Lubuk Kawah mengambil langkah segera dengan menubuhkan Skuad Sukarelawan Banjir Peringkat Cawangan dalam menghadapi gelombang banjir.
Ketua Pemudanya, Saudara Zahari Mat berkata, usaha untuk adakan skuad gegas skuad banjir peringkat cawangan perlu bagi menghadapi musibah banjir. Beliau mengambil iktibar dari banjir besar yang berlaku di Kemaman dan Kuantan.
Kampung Lubuk Kawah adalah satu kampung yang selalu dilanda banjir dan usaha mewujudkan Skuad ini perlu bagi memudahkan usaha menjaga kebajikan penduduk kampung.
Skuad Sukarelawan ini terdiri daripada 3 unit iaitu Unit Menyelamat, Unit Bantuan dan Unit Khas. Pelancaran Skuad Sukarelawan ini dilancar oleh Saudara Najib Zakaria, AJK Pemuda Besut. Najib Zakaria dalam ucapan ringkasnya memuji Pemuda Lubuk Kawah yang bersedia lebih awal dalam menghadapi banjir ini.
--Terengganu Post Online
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger