BERITA TERKINI
Showing posts with label INFO BANJIR TERKINI. Show all posts

2:06 pm
Seramai 15 orang dari empat keluarga mangsa banjir di Kampung Oh, Jabi, Setiu, masih ditempatkan di pusat pemindahan banjir Masjid Kampung Oh, selepas rumah mereka dilanda banjir kilat petang semalam.
Mangsa terbabit ialah empat lelaki dewasa, tujuh perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.
Mereka dipindahkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Jertih, kira-kira jam 5.30 petang semalam.
Berikutan kejadian itu, Bilik Gerakan Banjir Daerah di Pejabat Daerah Besut dibuka sejak pukul 8.30 malam tadi bagi menyelaras gerakan bantuan dan menyelamat mangsa yang terjejas akibat banjir berkenaan.
Pasukan penyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Angkatan Tentera kini ditempatkan di kampung itu bagi menghadapi sebarang kemungkinan berikutan cuaca yang tidak menentu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Jabi, diketuai Dr. Najmi Nabihah Mohamad, mengambil tindakan segera menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap mangsa banjir terbabit.
Katanya, semua persiapan termasuk pasukan penyelamat, bekalan makanan dan pusat pemindahan sudah lama disediakan oleh Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Besut.
Empat Keluarga Masih Di Pusat Pemindahan Banjir Masjid Kampung Oh
Written By aku on Thursday, 28 January 2016 | 2:06 pm

Labels:
INFO BANJIR TERKINI
11:08 pm
BESUT - Sepuluh orang daripada empat keluarga di Kampung Oh, Jerteh dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setelah rumah mereka dinaiki air selepas hujan lebat menyebabkan limpahan air dari tali air berdekatan lewat petang tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh Mustafa Ismail, mangsa adalah empat lelaki dewasa, lima wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.
Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan memindahkan mangsa kira-kira 4.50 petang selepas rumah mereka dinaiki air yang melimpah dari tali air berdekatan.
"Kesemua mangsa dipindahkan dengan selamat menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kini mereka ditempatkan di Masjid Kampung Oh," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, mangsa akan ditempatkan di masjid berkenaan sehingga banjir surut dan rumah mereka selamat untuk didiami. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/4-keluarga-dipindah-ke-pusat-penempatan-di-jerteh-1.478398
4 keluarga dipindah ke pusat penempatan di Jerteh
Written By aku on Wednesday, 27 January 2016 | 11:08 pm
BESUT - Sepuluh orang daripada empat keluarga di Kampung Oh, Jerteh dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setelah rumah mereka dinaiki air selepas hujan lebat menyebabkan limpahan air dari tali air berdekatan lewat petang tadi.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh Mustafa Ismail, mangsa adalah empat lelaki dewasa, lima wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.
Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan memindahkan mangsa kira-kira 4.50 petang selepas rumah mereka dinaiki air yang melimpah dari tali air berdekatan.
"Kesemua mangsa dipindahkan dengan selamat menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kini mereka ditempatkan di Masjid Kampung Oh," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya, mangsa akan ditempatkan di masjid berkenaan sehingga banjir surut dan rumah mereka selamat untuk didiami. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/4-keluarga-dipindah-ke-pusat-penempatan-di-jerteh-1.478398
Labels:
INFO BANJIR TERKINI,
Kemalangan
2:43 am
Tarikh:28/12/2015 Masa:02:00
Daerah:Dungun(Terengganu)
Sg.Dungun di Kuala Jengai
Amaran: Hujan lebat telah melebihi paras amaran. Penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga.
Tarikh:28/12/2015 Masa:01:00
Daerah:Besut(Terengganu)
Sg.Besut di Jam.Keruak
Bahaya: Hujan lebat telah melebihi paras bahaya. Kawasan sekitar dikhuatiri dinaiki air. Penduduk di kawasan sekitar diminta berjaga-jaga
JPS MALAYSIA
Laporan Aras Air
28/12/2015, 01.00 pagi
MELEPASI ARAS BAHAYA DAN AMARAN
NEGERI TERENGGANU
1. Sg.Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu 20.02m (bahaya : 20.00m) trend meningkat.
2. Sg. Besut, Jambatan Keruak, Besut 35.06m (bahaya : 35.00m) trend meningkat.
3. Sg Besut, Kg La,Besut 19.82m (bahaya: 21.80m) trend meningkat.
Sumber : www .infobanjir.water.gov.my
Tarikh:28/12/2015 Masa:00:00
Daerah:Besut(Terengganu)
Sg.Besut di Kg.La

Penduduk di kawasan berikut di nasihatkan bersedia sekiranya arahan berpindah di keluarkan, sila ikut segala arahan dari pihak yang berwajib
SUMBER - http://infobanjir.water.gov.my/
RAMALAN BANJIR DIKAWASAN SUNGAI TELEMONG DI KUALA PING ,HULU TERENGGANU
Tarikh akhir dikemaskini pada: Ahad 27-Dec-2015 27/12/15 11.00 pmJPS Malaysia meramalkan aras air Sg Telemong akan melebihi aras bahaya pada 28/12/15 jika hujan masih berterusan .Semasa aras air mencecah paras BAHAYA di Stesen-stesen ini, kawasan-kawasan yang diramal akan dinaiki air adalah seperti berikut:-1. Kg Tengkawang2. Sekitar kawasan dataran rendah Sg. Telemong.Minta ambil perhatian dan tindakan sewajarnya. Daripada, Pusat Ramalan Banjir Negara PRBN, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.
Paras Air Sungai Terkini Yang Telah Melepasi Aras Amaran Di Terengganu
Written By aku on Monday, 28 December 2015 | 2:43 am

12:42 pm
KUALA LUMPUR - Keadaan banjir di Pahang, Perak dan Kelantan semakin baik pada keseluruhannya pagi ini apabila jumlah mangsa terus mencatat penurunan kepada 18,169 orang berbanding 21,366 malam tadi.
Bagaimanapun di Terengganu, negeri yang kembali dilanda banjir sejak semalam, menyaksikan pertambahan mangsa yang dipindahkan kepada 273 orang berbanding 125 orang malam tadi.
Di TERENGGANU, pertambahan mangsa itu difahamkan berikutan hujan lebat yang turun di sebelah pedalaman menyebabkan kediaman di kawasan rendah dan berdekatan sungai dinaiki air, selain faktor kenaikan paras air laut pasang.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu berkata, sebanyak lima pusat pemindahan dibuka setakat ini di dua daerah iaitu Kemaman membabitkan 160 mangsa dan Dungun (113 mangsa).
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 11,819 orang yang kini ditempatkan di 57 pusat pemindahan dalam enam daerah berbanding 14,494 mangsa malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, daerah Pekan masih menempatkan mangsa paling ramai 7,414 orang diikuti Maran (2,618 orang), Kuantan (1,012 orang), Temerloh (611 orang) dan Bera (164 orang).
Menurut jurucakap itu, dua laluan utama di Raub iaitu Kilometer 1 Jalan Felda Krau dan Kilometer 39 Jalan Bentong-Raub yang ditutup sebelum ini telah dibuka semula dan dapat dilalui oleh semua kenderaan.
Di PERAK, Jurucakap MKN negeri Perak berkata, jumlah mangsa banjir menurun kepada 3,601 orang daripada 959 keluarga.
Ketika ini sebanyak 20 pusat pemindahan dibuka dalam lima daerah iaitu Perak Tengah, Hulu Perak, Hilir Perak, Manjung dan Kuala Kangsar.
Jumlah mangsa di Perak Tengah pagi ini ialah 2,649 orang, Hulu Perak (289 orang), Hilir Perak (394 orang), Manjung (160 orang) dan di Kuala Kangsar (109 orang).
Sementara itu di KELANTAN, jumlah mangsa banjir pagi ini tidak berubah dan kekal seperti direkodkan malam tadi iaitu sebanyak 2,749 mangsa membabitkan 602 keluarga.
Jurucakap MKN negeri Kelantan memaklumkan empat jajahan masih terjejas banjir membabitkan 27 pusat pemindahan dengan jumlah mangsa terlibat mengikut pecahan - Kuala Krai (1,399 orang), Gua Musang (1,157 orang), Tanah Merah (93 orang) dan Machang (100 orang). - Bernama
Terkini Banjir: Jumlah mangsa di Terengganu meningkat
Written By aku on Friday, 9 January 2015 | 12:42 pm

10:30 pm
Senarai Jalan Jalan Yang Masih Ditutup
Written By aku on Thursday, 8 January 2015 | 10:30 pm
Labels:
INFO BANJIR TERKINI,
Semasa
9:50 pm
KUALA TERENGGANU - Dua batang jalan di Kemaman ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air petang ini.
Jalan tersebut ialah Jalan Lubuk Lesong ke Kampung Pelantoh yang ditutup kepada semua kenderaan setelah air naik 0.4 meter di atas jalan raya, menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu.
Satu lagi laluan ditutup ialah di Jambatan Teladas-Air Putih di Kampung Teladas apabila dinaiki air 0.8 meter.
Beberapa sungai utama di Terengganu seperti Sungai Kemaman dan Sungai Tebak di Kemaman; Sungai Berang di Hulu Terengganu dan Sungai Besut di Besut mencatatkan kenaikan paras air namun setakat ini di tahap berjaga-jaga.
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di semua daerah di Terengganu dan dijangka berterusan hingga esok. - Bernama
Tekini 2 jalan di Kemaman ditutup kepada semua kenderaan Akibat Banjir

9:46 pm
KUALA KRAI - Hujan berterusan sejak malam kelmarin menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar daerah ini kembali dinaiki air selepas banjir besar, minggu lalu, hampir pulih sepenuhnya.
Pekarangan beberapa kediaman di kawasan rendah termasuk di Kampung Bedal, dekat sini, yang hanya kelihatan bumbung ketika banjir besar, baru-baru ini, turut dinaiki air.
Ini kali ketiga rumah penduduk terbabit dinaiki air pada musim tengkujuh kali ini termasuk banjir besar ketika gelombang kedua yang memusnahkan ratusan rumah di daerah ini.
Kejadian air naik itu menyebabkan ada barangan penduduk yang sedang dikeringkan akibat banjir besar, baru-baru ini, seperti tilam sekali lagi ditenggelami air.
Hujan ada kalanya lebat itu juga menyebabkan laluan menghubungkan beberapa kampung dengan Jalan Kuala Krai-Machang melalui Bukit Sireh dinaiki air, namun masih boleh dilalui kenderaan sehingga jam 4 petang.
Antara halaman rumah dinaiki air pula termasuk kediaman bekas Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kampung Bedal, Mohd Noor Salleh.
Ketika banjir besar melanda kampung itu, 24 Disember lalu, rumah Mohd Noor seperti rumah kebanyakan penduduk hanya kelihatan bumbung akibat ditenggelami air.
Keadaan sama berlaku di beberapa kawasan seperti Kampung Batu Jong yang menyaksikan laluan ke tanah perkuburan Islam kampung itu dinaiki air dan tidak boleh dilalui kenderaan.
Menurut jangkaan penduduk, jika cuaca hujan berterusan, laluan masuk ke kampung itu akan terputus hubungan kerana jalan di Chekok Sudin akan dinaiki air.
--Sinar harian
Hujan berterusan, paras air kembali naik

11:04 pm
BEAUFORT - Banjir yang melanda daerah Beaufort menyebabkan 67 kampung ditenggelami air setinggi dua meter berikutan hujan lebat di hulu Sungai Padas, Tenom sejak semalam.
Penolong Pegawai Daerah Beaufort Mohd Shaid Othman berkata pihaknya membuka lima pusat pemindahan yang setakat ini menempatkan 30 keluarga.
"Semalam kita hanya buka satu pusat pemindahan sementara tetapi kini ada lima sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan banjir bertambah teruk," katanya di sini hari ini.
Menurutnya beberapa jalan utama juga ditutup antaranya di Kampung Bingkul, Limbawang, Lawa, Melulugus, Mempagar, Binunuk, Gadung dan Kelabu.
Sementara itu, jurucakap Bilik Operasi Banjir Tenom berkata banjir kilat yang melanda daerah tersebut berikutan hujan lebat sejak Rabu lepas sudah pulih dan 14 pusat pemindahan ditutup hari ini.
Beliau berkata sekurang-kurangnya 1,500 penduduk dari 31 kampung di Tenom dan Kemabong terjejas antaranya Kampung Ponontomon, Enubai, Saga Laut, Pantongan Saga, Pantongan Sapong, Bangkulin Lama, Labut, Gumisi Laut, Angalor, Mamantong, Kalasasan, Batu-Batu dan Tumantalik.
Namun beliau berkata pihaknya masih membuka bilik operasi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya banjir kembali melanda. - Bernama
67 kampung di Beaufort dilanda banjir
Written By aku on Saturday, 21 December 2013 | 11:04 pm

7:45 pm
CHUKAI: Gelombang kedua banjir melanda Terengganu apabila 91 penduduk di Kampung Labohan, Kerteh terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara.
(Gambar Hiasan)
Perkampungan itu dinaiki air selepas hujan lebat berterusan dari 8 pagi hingga jam 1 petang tadi menenggelamkan sebahagian rumah penduduk kampung terbabit
--Hmetro
Gelombang kedua banjir bermula 91 penduduk dipindahkan
CHUKAI: Gelombang kedua banjir melanda Terengganu apabila 91 penduduk di Kampung Labohan, Kerteh terpaksa dipindahkan ke pusat penempatan sementara.
(Gambar Hiasan)
Perkampungan itu dinaiki air selepas hujan lebat berterusan dari 8 pagi hingga jam 1 petang tadi menenggelamkan sebahagian rumah penduduk kampung terbabit
--Hmetro
Labels:
INFO BANJIR TERKINI
2:19 pm
Besut - 11/12/2013 Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Lubuk Kawah mengambil langkah segera dengan menubuhkan Skuad Sukarelawan Banjir Peringkat Cawangan dalam menghadapi gelombang banjir.
Ketua Pemudanya, Saudara Zahari Mat berkata, usaha untuk adakan skuad gegas skuad banjir peringkat cawangan perlu bagi menghadapi musibah banjir. Beliau mengambil iktibar dari banjir besar yang berlaku di Kemaman dan Kuantan.
Kampung Lubuk Kawah adalah satu kampung yang selalu dilanda banjir dan usaha mewujudkan Skuad ini perlu bagi memudahkan usaha menjaga kebajikan penduduk kampung.
Skuad Sukarelawan ini terdiri daripada 3 unit iaitu Unit Menyelamat, Unit Bantuan dan Unit Khas. Pelancaran Skuad Sukarelawan ini dilancar oleh Saudara Najib Zakaria, AJK Pemuda Besut. Najib Zakaria dalam ucapan ringkasnya memuji Pemuda Lubuk Kawah yang bersedia lebih awal dalam menghadapi banjir ini.
--Terengganu Post Online
PEMUDA UMNO LUBUK KAWAH SIAP SEDIA HADAPI BANJIR.
Written By aku on Wednesday, 11 December 2013 | 2:19 pm
Besut - 11/12/2013 Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Lubuk Kawah mengambil langkah segera dengan menubuhkan Skuad Sukarelawan Banjir Peringkat Cawangan dalam menghadapi gelombang banjir.
Ketua Pemudanya, Saudara Zahari Mat berkata, usaha untuk adakan skuad gegas skuad banjir peringkat cawangan perlu bagi menghadapi musibah banjir. Beliau mengambil iktibar dari banjir besar yang berlaku di Kemaman dan Kuantan.
Kampung Lubuk Kawah adalah satu kampung yang selalu dilanda banjir dan usaha mewujudkan Skuad ini perlu bagi memudahkan usaha menjaga kebajikan penduduk kampung.
Skuad Sukarelawan ini terdiri daripada 3 unit iaitu Unit Menyelamat, Unit Bantuan dan Unit Khas. Pelancaran Skuad Sukarelawan ini dilancar oleh Saudara Najib Zakaria, AJK Pemuda Besut. Najib Zakaria dalam ucapan ringkasnya memuji Pemuda Lubuk Kawah yang bersedia lebih awal dalam menghadapi banjir ini.
--Terengganu Post Online
Labels:
INFO BANJIR TERKINI,
Semasa
1:17 pm
KUALA TERENGGANU 11 Dis. - Sebanyak 18 jalan ditutup sementara akibat dinaiki air sehingga pukul 9 pagi ini di beberapa daerah yang dilanda banjir di negeri ini.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri memaklumkan, daripada jumlah itu, 10 daripadanya adalah jalan di Hulu Terengganu, tiga jalan di Setiu, masing-masing dua jalan di Kemaman dan Marang serta sebatang jalan di Dungun.
Katanya, jalan yang terpaksa ditutup untuk laluan kenderaan di Hulu Terengganu ialah Kilometer 8 Jalan Kuala Berang-Pengkalan Ajal; Kilometer 7.2 Jalan Bukit Diman-Felda Tersat; Jalan Felda Mengkawang Tersat, Jalan Kampung Gaung-Kuala Jeneris, Jalan Kampung Kepah-Payang Kayu, Jalan Matang-Sungai Tong, Jalan Matang-Kuala Telemong, Jalan Matang-Kampung Nibong, Jalan Kampung Jak-Kuala Kejir dan Kilometer 7, Jalan Kuala Berang-Pasir Tinggi (jambatan runtuh).
Sementara itu, jalan lain yang ditutup ialah Jalan Pelong-Sungai Tong, Jalan Gong Terap-Telaga Papan dan Jalan Permaisuri-Hulu Seladang di Setiu, Jalan Chukai-Air Putih (Kampung Sungai Pinang) dan Jalan Chukai-Air Putih (Kampung Paman) di Kemaman, Jalan Pengkalan Berangan-Temala dan Jalan Pulau Kerengga-Pengkalan Berangan (Marang) serta Jalan Durian Mentangau di Dungun. - UTUSAN
Info Banjir : Terkini 18 jalan ditutup sementara di Terengganu

12:21 pm
KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir di Terengganu pagi ini terus meningkat manakala di Pahang berkurangan berbanding malam tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat kepada 15,677 orang daripada 3,733 keluarga berbanding 14,643 orang daripada 3,480 keluarga sebelumnya.
Di Dungun, angka mangsa banjir meningkat hampir 600 orang iaitu 3,288 orang (807 keluarga) berbanding 2,789 orang (701 keluarga) malam tadi manakala jumlah di Kemaman turut meningkat kepada 1,351 orang (384 keluarga) daripada 790 orang (245 keluarga) pada tempoh yang sama.
Di Marang pula, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 42 orang (10 keluarga) berbanding 21 orang (empat keluarga) manakala di Setiu jumlah mangsa banjir menurun kepada 134 (46 keluarga) berbanding 149 orang (43 keluarga) malam tadi.
Sebanyak 88 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu 22 di Dungun, 27 di Hulu Terengganu, 30 di Kemaman, lima di Marang dan empat di Setiu.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di sungai utama di Terengganu kebanyakannya berada di bawah paras berjaga-jaga pagi ini.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 5,754 orang berbanding 6,048 orang yang direkodkan malam tadi, kata Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.
Setakat 8 pagi ini, masih terdapat 1,432 keluarga yang ditempatkan di 82 pusat pemindahan dari 78 penempatan di lapan daerah yang terjejas banjir.
"Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,241 orang di 37 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di Kuantan, masih terdapat 924 orang yang ditempatkan di enam pusat pemindahan, Maran (660 orang di 12 pusat pemindahan), Temerloh (518 di 14 pusat), Bera (305 di tujuh pusat), Jerantut (57 di tiga pusat), Rompin (33 di dua pusat) dan Lipis (16 di satu pusat). - Bernama
Jumlah mangsa banjir di Terengganu meningkat

5:24 pm
KEMAMAN: Laluan utama dari Paka ke Kerteh di sini ditutup selepas dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal hari ini.
Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negara Ahmad Redza Arshad berkata jalan utama itu terpaksa ditutup selepas ditenggelami air kira-kira satu meter.
"Hujan lebat sejak 2 pagi di sekitar Dungun menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Air dari Bukit Bauk mengalir laju ke jalan, menyebabkan laluan di Durian Mentangau dilimpahi air dan tidak boleh dilalui semua kenderaan," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata beberapa kawasan di Marang dan Hulu Terengganu turut dinaiki air sedalam setengah meter, dengan penduduk diminta berjaga-jaga.
"Setakat ini masih di paras amaran, malah tidak ada penduduk yang dipindahkan," katanya.
Sementara itu, usaha Bernama untuk membuat liputan bantuan Felda kepada mangsa banjir bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Air Putih di Felda Seberang Tayor dekat sini terbantut selepas jalan Chukai-Air Putih yang menghala ke situ dinaiki air.
Tinjauan juga mendapati Jalan Sungai Pinang ke Kampung Sungai Pinang berdekatan bandar Kemaman turut dinaiki air dan hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat. - Bernama
Info Banjir Terkini Jalan Ditutup
Written By aku on Tuesday, 10 December 2013 | 5:24 pm

7:18 pm
KUANTAN: Gelombang kedua banjir di Pahang dijangka berlaku pada tengah malam ini.
Orang ramai yang tinggal di kawasan terjejas akibat banjir diminta mengambil langkah berjaga jaga.
Manakala mangsa banjir yang sudah pulang ke rumah masing masing digesa kembali ke pusat pemindahan sebelum jam 12 tengah malam ini.
Menurut Pemangku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Pahang, Azlan Che Adnan, pihak bomba telah mula berjaga-jaga di kawasan yang dijangka bakal dinaiki air.
"Kami jangka akan berlaku gelombang kedua antara jam 12 ke 1.15 tengah malam ini. Pihak bomba sudah bersiap sedia di tiga kawasan utama dengan bot untuk aktiviti menyelamat jika apa-apa berlaku.
"Ini disebabkan hujan yang tidak berhenti sejak dua hari lalu serta paras air yang semakin meningkat di Sungai Lembing. Kami sudah maklumkam kepada penduduk sebagai langkah berjaga-jaga," kata Azlan.
Kawasan yang dijangka terjejas di Kuantan adalah Sungai Isap, Taman Sepakat, Bukit Rangin, Tanah Putih, Taman Guru dan Kampung Belukar.
Sementara itu, jurucakap bilik gerakan banjir Pahang memaklumkan jumlah mangsa banjir negeri Pahang kini mencatatkan seramai 39,991 dan daerah yang terlibat juga bertambah iaitu di Raub.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa sidang media di Pangkalan Udara Pahang mengingatkan penduduk sekitar Kuantan agar berjaga-jaga dengan gelombang kedua banjir yang diramalkan bakal berlaku.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa peningkatan air di Kuantan dijangka berlaku secara mendadak mulai tengah malam ini ekoran pertembungan air pasang besar dengan peningkatan air di hulu daerahnya berikutan hujan lebat.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata peningkatan air dijangka berlaku sehingga 2 pagi.
"Air pasang besar diramal berlaku pada 1.15 pagi dan pada masa yang sama air Sungai Lembing iaitu di Hulu Kuantan dijangka turut meningkat ekoran hujan lebat,” beliau dipetik berkata.
"Apabila terdapat pertembungan air hujan di hulu dengan air pasang besar di pedalaman, ia akan meningkatan air secara mendadak," katanya.
Beliau berharap penduduk khasnya di Bukit Rangin, Permatang Badak, Taman Cenderawasih dan Kampung Belukar agar bersiap sedia untuk berpindah semula ke pusat pemindahan.
Jumlah mangsa banjir di Pahang kembali meningkat kepada 39,991 orang berbanding 38,235 yang direkodkan tengah hari tadi.
Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, sehingga pukul 9 malam tadi, 10,995 keluarga, telah ditempatkan di 131 pusat pemindahan dengan melibatkan 141 kampung yang terjejas akibat banjir dan termasuk daerah Bera menjadikannya sembilan daerah di negeri ini.
Kuantan masih mencatatkan jumlah mangsa banjir paling ramai iaitu 34,635 yang ditempatkan di 38 pusat pemindahan banjir.
Katanya, di Pekan, seramai 2,887 mangsa banjir ditempatkan di 26 pusat pemindahan, Temerloh 847 mangsa banjir di 22 pusat pemindahan, Jerantut 607 (11 pusat), Maran 764 (16 pusat), Bera 106 (8 pusat), Rompin 53 (3 pusat), Lipis 53 (4 pusat) dan terbaru Raub 39 (3 pusat).
Beberapa jalan utama masih ditutup akibat dinaiki air melebihi satu meter, antaranya KM28 Jalan Sungai Lembing-Kuantan, Km72 Jalan Kuantan-Segamat dan Km14 Jalan Temerloh-Bahau.
--Astroawani
Gelombang kedua banjir di Pahang dijangka tengah malam ini
Written By aku on Monday, 9 December 2013 | 7:18 pm

11:19 pm
KOTA BHARU - Keasyikan dua-dua kanak bermain dalam banjir bertukar mimpi ngeri apabila kemaluan mereka dimasuki lintah.
Dalam kejadian pertama, mangsa, Yusrina Yusri, 5, dari Kampung Bendang Pak Yong, Tumpat, mengalami pendarahan teruk apabila lintah tersebut memasuki dubur setelah mandi lebih satu jam bersama adiknya, Yusri Aiman Yusri, 3.
Ibu mangsa, Siti Khatijah Ibrahim, 27, berkata, ketika kejadian, dia sempat melihat beberapa lintah berada berdekatan anaknya ketika Yusrina bermain air berhampiran rumahnya yang dekat dengan sawah dan kuala.
“Yusrina datang kepada saya dalam keadaan menangis sambil menunjukkan objek hitam yang melekat pada duburnya.
“Saya terkejut dan cuba menarik lintah tersebut ketika ia masuk separuh ke dalam dubur, namun usaha itu tidak berjaya kerana ia licin dan melekat,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), di sini, hari ini.
Hadir melawat mangsa, Pengarah HRPZII, Datuk Dr Ghazali Hassan Md Hassan.
Dalam pada itu, seorang lagi kanak-kanak berusia 2 tahun, Muhammad Luqman Haziq Kamal dari Kampung Bagus, Rantau Panjang, turut menjadi mangsa lintah apabila ia masuk ke dalam alat sulitnya.
Ibunya, Siti Mazura Che Kob, 31, berkata, kejadian itu berlaku pada Sabtu ketika banjir berada pada paras lebih 1.22 meter.
“Ketika kejadian, anak bongsu saya mandi menggunakan pelampung, bermain banjir di kawasan rumah nenek bersama abang dan sepupunya.
“Tiba-tiba sahaja dia menjerit ketakutan dan menangis, lalu suami saya mendapatkannya. Suami segera mengangkat Luqman di kawasan cetek dan dapat membuang lintah tersebut,” katanya.
Akibat mengalami pendarahan tanpa henti, Siti Mazura berkata, anak lelaki daripada tiga beradik itu terpaksa dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas, sebelum dirujuk ke HRPZII.’
“Badannya lesu dan dia hanya menangis kerana mengalami pendarahan yang banyak sehingga terpaksa menggunakan lima helai lampin dalam tempoh lima jam selepas kejadian bermula jam 10 pagi,” katanya.
Sementara itu, Dr Ghazali Hasni menasihatkan orang ramai supaya mengelak bermain banjir berikutan bukan sahaja terdapat lintah, malah juga boleh mengancam nyawa terutama kanak-kanak.
--sinarharian
Banjir: Lintah masuk kemaluan kanak-kanak
Written By aku on Sunday, 8 December 2013 | 11:19 pm

7:39 pm
KUALA LUMPUR: Jambatan taktikal di Sungai Limbungan, Kemaman, Terengganu akan dibina seawal-awalnya hari ini apabila kesemua aset pembinaan tiba di lokasi petang ini.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata Kor Jurutera
Diraja yang akan membina jambatan 'Compact 200' itu sudah berada di lokasi
bersama Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) yang berpangkalan di
Gemas, Negeri Sembilan.
(Gambar Hiasan)
"Jika tiada halangan, pembinaan jambatan boleh terus dilaksanakan. Pembinaan
jambatan ini penting bagi menghubungkan kawasan terjejas agar operasi penghantaran bekalan makanan, perubatan dan lain-lain keperluan kepada
mangsa banjir dapat dilaksanakan," katanya.
Kemaman adalah daerah yang paling teruk dilanda banjir di Terengganu, dan
jambatan taktikal berkenaan perlu dibina berikutan sebahagian daripada lima meter tebing Sungai Limbungan runtuh.
Hishammuddin berkata demikian ketika ditemui di kafe Hospital Gleneagles di sini, hari ini, selepas dimasukkan ke hospital itu sejak Isnin lalu.
Beliau dimasukkan ke hospital itu bagi menjalani prosedur angioplasti
selepas disahkan mengalami masalah saluran arteri sempit.
Hishammuddin berkata, beliau turut mengarahkan (PAT) Panglima Angkatan
Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Timbalan Menteri, Datuk Abdul Rahim Bakri
untuk turun padang memantau pemberian bantuan yang disalurkan oleh Angkatan
Tentera Malaysia (ATM).
"Hari ini Timbalan Menteri (Abdul Rahim) akan ke Kemaman, manakala esok PAT
akan turun padang ke Kelantan.
"Meskipun banjir sudah semakin pulih, saya arah ATM untuk bersiap-siaga menghadapi kemungkinan gelombang banjir yang kedua," jelasnya.
Hishammuddin berkata, Timbalan Menteri dan PAT akan meninjau kawasan
yang berkemungkinan dilanda gelombang banjir kedua, khususnya dari segi
kesiapsiagaan ATM.
"Pada setiap hujung tahun, kita memang siap sedia menghadapi banjir. Namun pada kali ini banjir yang berlaku lebih serius daripada yang dijangkakan," katanya. - Bernama
Tentera bina jambatan taktikal di Sungai Limbungan, Kemaman

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir Pahang dan Terengganu masih berlegar sekitar 60,000 daripada 17,383 keluarga yang ditempatkan di 199 pusat pemindahan biarpun terdapat sedikit penurunan di Pahang, lewat petang ini.
Mengikut rekod Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Kontinjen Pahang, jumlah mangsa keseluruhan di Pahang adalah 40,399 iaitu turun daripada 40,819 yang dicatatkan pada awal pagi tadi.
Mengikut perangkaan, sejumlah 11,746 keluarga kini berada di 149 pusat pemindahan seluruh Pahang selain 162 kampung turut terbabit.
Di KUANTAN, jumlah mangsa banjir adalah 34,090 dengan 10,369 keluarga di 42 pusat pemindahan.
Di PEKAN, jumlah mangsa banjir 3,385 dengan 809 keluarga di 31 pusat pemindahan selain membabitkan 53 kampung.
--Hmetro
Terkini Banjir 17,383 keluarga, 63,281 mangsa

5:00 pm
KUALA TERENGGANU - Jumlah mangsa banjir di Terengganu petang ini meningkat kepada 23,102 orang berbanding 22,391 pagi tadi.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), peningkatan angka ini berikutan lebih 1,700 mangsa lagi berpindah di Kemaman.
Jumlah mangsa di daerah itu kini seramai 19,287 orang (4,723 keluarga) berbanding 18,576 orang (4,177 keluarga) pagi tadi.
Di Dungun, jumlah mangsa bagaimanapun sama seperti pagi tadi iaitu seramai 3,764 orang (936 keluarga).
Di Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Marang, jumlah mangsa tidak banyak berubah seperti pagi tadi.
Sehingga petang ini, sebanyak 5,672 keluarga telah berpindah di seluruh Terengganu melibatkan 67 pusat iaitu 18 di Dungun, Kemaman (46) dan masing-masing satu di Marang, Kuala Terengganu serta Hulu Terengganu.
Pusat pemindahan itu terdiri daripada bangunan sekolah, balai raya, dewan sivik, surau dan masjid.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air di semua sungai utama di Terengganu kini berada di bawah paras bahaya. - Bernama
Mangsa banjir di Kemaman meningkat, Dungun kekal

7:54 pm
Sumber - facebook. google search , blogger
Himpunan Gambar Gambar Menarik Banjir Di Pantai Timur 2013
Written By aku on Saturday, 7 December 2013 | 7:54 pm
Hinpuman gambar gambar menarik banjir yang melanda beberapa buah negeri di pantai timur untuk tetapan ramai..
hahah yang ni konvoi bantuan khas dari pas- parti angkut sen
buat kerja nak menunjuk nunjuk siap pasang bendera pas lagi tu,
no account sapa tu? wakakakaka...
Labels:
INFO BANJIR TERKINI,
Semasa

.jpg)

.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)