Home » , » 4 keluarga dipindah ke pusat penempatan di Jerteh

4 keluarga dipindah ke pusat penempatan di Jerteh

Written By aku on Wednesday 27 January 2016 | 11:08 pm


BESUT - Sepuluh orang daripada empat keluarga di Kampung Oh, Jerteh dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara setelah rumah mereka dinaiki air selepas hujan lebat menyebabkan limpahan air dari tali air berdekatan lewat petang tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jerteh Mustafa Ismail, mangsa adalah empat lelaki dewasa, lima wanita dan seorang kanak-kanak perempuan.

Mustafa berkata pihaknya menerima panggilan memindahkan mangsa kira-kira 4.50 petang selepas rumah mereka dinaiki air yang melimpah dari tali air berdekatan.

"Kesemua mangsa dipindahkan dengan selamat menggunakan bot Jabatan Bomba dan Penyelamat dan kini mereka ditempatkan di Masjid Kampung Oh," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, mangsa akan ditempatkan di masjid berkenaan sehingga banjir surut dan rumah mereka selamat untuk didiami. - Bernama
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/4-keluarga-dipindah-ke-pusat-penempatan-di-jerteh-1.478398
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger