Home » » Usul penyertaan Malaysia dalam TPPA diluluskan Dewan Rakyat

Usul penyertaan Malaysia dalam TPPA diluluskan Dewan Rakyat

Written By aku on Wednesday 27 January 2016 | 8:13 pm


KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) yang dikemukakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Pengumuman dibuat Yang Di-pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia selepas pengundian menyaksikan 127 Ahli Parlimen bersetuju dan 84 Ahli Parlimen tidak bersetuju.

26 pindaaan dijangka dilakukan ke atas 17 undang-undang dan peraturan berkaitan TPPA yang membabitkan  negeri dan Persekutuan, perlu dipinda dalam tempoh dua tahun.

Selain Malaysia, 11 lagi negara yang terbabit dengan TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Singapura, Mexico, New Zealand, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam yang memuktamadkan rundingan pada 5 Oktober 2015.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger