Home » » Tekini 2 jalan di Kemaman ditutup kepada semua kenderaan Akibat Banjir

Tekini 2 jalan di Kemaman ditutup kepada semua kenderaan Akibat Banjir

Written By aku on Thursday 8 January 2015 | 9:50 pm


KUALA TERENGGANU - Dua batang jalan di Kemaman ditutup kepada semua kenderaan setelah dinaiki air petang ini.
  
Jalan tersebut ialah Jalan Lubuk Lesong ke Kampung Pelantoh yang ditutup kepada semua kenderaan setelah air naik 0.4 meter di atas jalan raya, menurut jurucakap Majlis Keselamatan Negara Terengganu.
  
Satu lagi laluan ditutup ialah di Jambatan Teladas-Air Putih di Kampung Teladas apabila dinaiki air 0.8 meter.
  
Beberapa sungai utama di Terengganu seperti Sungai Kemaman dan Sungai Tebak di Kemaman; Sungai Berang di Hulu Terengganu dan Sungai Besut di Besut mencatatkan kenaikan paras air namun setakat ini di tahap berjaga-jaga.
  
Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga di semua daerah di Terengganu dan dijangka berterusan hingga esok. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger