Home » » Perompak rogol mangsa didatangi haid

Perompak rogol mangsa didatangi haid

Written By aku on Tuesday 10 December 2013 | 4:07 pm


KUANTAN - Seorang lelaki layak digelar binatang apabila bukan saja merompak mangsanya, malah tergamak menodai wanita terbabit walaupun didatangi haid dalam kejadian samun dan rogol di sebuah taman perumahan di Sungai Karang Jaya, dekat sini.
Difahamkan, dalam kejadian pada jam 6.20 petang, 7 Disember lalu, mangsa berusia 25 tahun yang juga anak kepada seorang anggota polis bertugas di Temerloh diikat kaki, tangan dan mulut menggunakan kain serta pelekat sebelum rumahnya diselongkar dan pakaiannya ditanggalkan suspek.
Kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di rumah seorang diri terdengar pintu diketuk sebelum membukanya.
Sumber berkata, mangsa yang menyangka rakan serumahnya pulang terus membuka pintu, namun terkejut apabila seorang lelaki memakai topi keledar dan menutup muka meluru ke arahnya. Lelaki itu kemudian menolak dan memeluk mangsa dari belakang sambil mengacukan pistol mainan bagi menakutkannya, menurut sumber Hmetro.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger