Home » » Racun tikus dalam dadih

Racun tikus dalam dadih

Written By aku on Monday 23 December 2013 | 8:46 am


Loudi (China): Polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun selepas dia didakwa mencampurkan racun tikus ke dalam bekas mengandungi dadih yang kemudian diberikan kepada kanak-kanak di luar sebuah sekolah rendah di bandar di wilayah Hunan, di sini.

(Gambar Sekadar Hiasan) Sembilan belas murid dimasukkan ke hospital selepas meminum dadih itu yang diberikan kepada mereka ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah.

Tiga daripada mangsa dilapor kritikal dan polis percaya wanita berkenaan menghadapi masalah mental.

Awal tahun ini, kejadian sama berlaku di Hebei apabila dua pelajar mati selepas meminum dadih, juga dicampur dengan racun tikus.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger