Rogol anak saudara selepas beri dadah
Written By aku on Friday, 6 December 2013 | 11:19 am
Shah Alam – Mahkamah Sesyen di sini, semalam, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan terhadap seorang lelaki atas kesalahan merogol anak saudaranya berusia 16 tahun, di sebuah hotel di sini, Mac lalu.
Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar menjatuhkan hukuman terhadap lelaki berusia 36 tahun itu selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan berkenaan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Hotel New Wave, di sini, pada kira-kira jam 10 malam, antara 17 sehingga 18 Mac 2013.
Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Salwa Asmany manakala tertuduh diwakili peguam Khairul Mukhtar.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh membawa mangsa yang juga anak perempuan kepada abangnya ke sebuah hotel.
Dalam perjalanan, lelaki itu berhenti di sebuah stesen minyak untuk membeli minuman dan memberikannya kepada anak saudaranya itu bersama-sama dengan satu tiub straw berisi serbuk putih.
Selepas mendaftar keluar dari hotel terbabit, tertuduh menahan teksi dan menyuruh mangsa pulang ke rumah sendirian.
Ibu remaja itu kemudian membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan pemeriksaan mendapati terdapat luka baru di kemaluan mangsa, menurut sumber Pilihan anda.
Labels:
Jenayah