Home » » Adik ipar terbakar hidup-hidup

Adik ipar terbakar hidup-hidup

Written By aku on Friday 6 December 2013 | 11:40 am


Tawau – Gagal memujuk isterinya pulang ke rumah, seorang suami menyimbah petrol ke rumah keluarga mentua sebelum adik iparnya yang cuba menghalang tergelincir ke dalam api dan terbakar hidup-hidup di Taman Semarak, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.15 pagi itu, Darwin Tahang, 24, melecur hampir 95 peratus dan kini bertarung nyawa kerana dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Tawau, di sini.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila abang iparnya berusia 52 tahun yang mempunyai masalah rumah tangga datang ke rumah mentua sebelum memujuk isterinya kembali tinggal bersamanya.
Namun, selepas pujukannya ditolak, lelaki terbabit menuju ke arah keretanya lalu mengambil dua tong petrol sebelum menyimbahnya di hadapan rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah berkata, suspek kemudian menyalakan pemetik api sebelum mangsa yang menyedari tindakan gila abang iparnya cuba menahannya daripada berbuat demikian.
-- klpost
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger