info banjir Pantai timur semakin buruk
Written By aku on Friday, 6 December 2013 | 11:45 am
KUALA TERENGGANU: Jumlah terkini mangsa banjir di Terengganu kekal seramai 6,052 penduduk membabitkan 1,559 keluarga di 82 pusat pemindahan pada jam 10 pagi tadi.
Dungun mencatatkan jumlah mangsa tertingggi iaitu seramai 2,668 orang daripada 670 keluarga yang ditempatkan di 29 pusat pemindahan
Semalam, jumlah yang dipindahkan sebanyak 37,136 orang.
Pahang merupakan negeri paling buruk mengalami kesan musim tengkujuh ini dengan 34,235 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan di Kuantan, Pekan, Rompin, Maran, Jerantut, Lipis, Temerloh dan Bera. -- Hmetro 2013/12/06
Labels:
INFO BANJIR TERKINI,
Semasa