Home » » Salleh Man digugur, Mat Sabu Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang

Salleh Man digugur, Mat Sabu Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang

Written By aku on Wednesday 18 December 2013 | 10:44 am


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Pas hari ini melakukan rombakan dengan mengumumkan pelantikan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd. Salleh Man yang memegang jawatan tersebut sebelum ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, pucuk pimpinan parti mengambil keputusan itu setelah mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk pandangan akar umbi.

Walau bagaimanapun, beliau menafikan pelantikan Mohamad itu mempunyai kaitan dengan prestasi Mohd. Salleh semasa menerajui Pas Pulau Pinang.

“Mohd. Salleh tak gagal, mungkin ada hikmah di sebalik keputusan parti tidak melantik semula beliau sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang.

“Kita juga yakin Mohamad boleh buat kerja itu dan beliau dapat menjalankan tugas dengan baik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pengumuman pelantikan Mohamad sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu dibuat oleh Mustafa dalam sidang akhbar di Pejabat Agung Pas di sini hari ini.

Mustafa turut mengumumkan pelantikan bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Asmuni Awi sebagai Bendahari manakala Datuk Takiyuddin Hassan, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Ahmad Yaakob sebagai Penolong Setiausaha Agung.

Pelantikan Mohamad itu mencetuskan persoalan berikutan kemelut yang berlaku di antara Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang dan kerajaan DAP Pulau Pinang bulan lalu.

Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang secara terbuka pernah mengancam akan melepaskan semua jawatan yang dipegang pemimpin parti itu dalam pentadbiran kerajaan negeri jika empat tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Tuntutan-tuntutan itu adalah tiada campur tangan dalam pentadbiran Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP), bilangan ahli dalam Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai bagi kuota Pas ditambah.

Selain itu, kuasa penuh untuk melantik Jawatankuasa Kerja Kampung di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri ditandingi Pas serta kuota Ahli Lembaga Pengarah dalam anak-anak syarikat milik kerajaan negeri.
Utusan Online
P/S; sebenarnya pas tak boleh di kritik walaupum oleh ahlinya sendiri, jika di kritik tahu la nasib kamu
sila baca >sini<
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger