Home » » Serangan berulang di selatan Thailand

Serangan berulang di selatan Thailand

Written By aku on Thursday, 26 December 2013 | 10:16 am


PATTANI - THAILAND. Insiden letupan bom berulang lagi di selatan Thailand, semalam. Menurut polis, dalam serangan di Pattani, sebutir bom buatan sendiri meletup di Kampung Rawa, Panarek selepas bom itu ditanam di jalan raya Pattani-Narathiwat dengan kesan ledakan menyaksikan satu lubang besar terbentuk di laluan berkenaan.

"Serangan itu disasarkan ke atas lapan anggota renjer dengan dua kenderaan. Suspek dipercayai meledakkan bom menggunakan peralatan komunikasi, sebaik kenderaan anggota renjer melalui kawasan berkenaan.Empat anggota renjer terbabit cedera,” katanya dalam laporan Bangkok Post.

Di Yala, letupan sama berlaku di Kampung Tasab mengakibatkan dua anggota polis cedera parah dan empat lagi anggota polis cedera dalam kejadian berasingan di daerah Thanto.

Sementara itu, di Bangkok, kerajaan sementara Thailand melanjutkan undang-undang keselamatan khas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri selama dua bulan.

Tindakan itu dilakukan bagi  menghadapi pembangkang yang ingin menghalang Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dari bertanding pilihan raya umum 2 Februari ini.

Undang-undang khas itu diperluaskan ke seluruh Bangkok selepas 300 individu diburu susulan tindakan mereka menceroboh pekarangan pejabat kerajaan  ketika demonstrasi mega awal bulan ini.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger