Home » , » Video Dan 29 Keping Gambar Rusuhan di Singapore

Video Dan 29 Keping Gambar Rusuhan di Singapore

Written By aku on Monday 9 December 2013 | 11:31 am


SINGAPURA – Menurut sumber The Straits Times Singapore, polis rusuhan kini masih lagi mengawal keadaan di sekitar ‘Little India’ di sini bagi memastikan rusuhan yang berlaku pada malam Ahad tidak menjadi semakin serius.
Kami kongsikan beberapa foto kejadian rusuhan yang berlaku di ‘Little India ‘ yang berlaku lebih kurang jam 10 malam pada malam Ahad.
Menurut kenyataan polis Singapura pada jam 12.48 pagi Isnin, 10 anggota polis dilaporkan cedera manakala beberapa buah kereta persendirian, lima buah kereta peronda polis dan sebuah ambulans telah dirosakkan oleh para perusuh.
Sekurang-kurangnya dua buah kereta polis diterbalikkan oleh para perusuh di tengah jalan manakala sebuah ambulans dibakar.
Menteri Dalam Negeri Singapura, Teo Chee Hean berkata rusuhan di Little India malam tadi adalah satu insiden yang amat serius dan pihaknya akan menangkap mereka yang terbabit.
Laporan bernama hari ini mengatakan 1 maut dan 5 cedera di dalam rusuhan yang berlaku di Little India singapore
































Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger