Home » » Jatuh bersama jenazah

Jatuh bersama jenazah

Written By aku on Wednesday 29 January 2014 | 6:47 am


Sandakan: Majlis mengiringi jenazah seorang warga emas ke tanah perkuburan, di sini, kecoh seketika apabila beranda rumah lelaki berkenaan tiba-tiba runtuh menyebabkan empat ahli keluarga mangsa cedera.

Dalam kejadian jam 11 pagi di Kampung Karamunting, Batu Sapi, di sini, semalam, 20 individu mengiringi jenazah berkenaan terjatuh termasuk empat daripadanya terpaksa dikejarkan ke Hospital Duchess of Kent akibat cedera manakala jenazah berkenaan sempat disambut beberapa lelaki lain yang menunggu di bawah rumah.
Mereka yang cedera dikenali sebagai Abdullah Saidil, 70, Idris, 60, Bakri, 50, dan seorang lagi mangsa masih belum dikenal pasti identitinya dan mereka dilaporkan dalam keadaan stabil serta dirawat sebagai pesakit luar.

Difahamkan, ketika kejadian, sekumpulan lelaki itu dikatakan dalam perjalanan membawa jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sim-Sim sebelum beranda rumah tiba-tiba runtuh.
Menurut saksi, Abdul Ghadi Ahmad, 49, sebelum kejadian, mereka bersiap untuk ke tanah perkuburan selepas proses mengkafankan dan menyembahyangkan jenazah Awang Saini Abdul Salman, 80, yang meninggal dunia akibat sakit tua selesai.
--Bharian

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger