Home » » Seksa 4 jam

Seksa 4 jam

Written By aku on Monday 27 January 2014 | 8:03 am


Kajang: Bukan saja tertekan kerana masalah kewarganegaraan ibu mentua tidak selesai, malah seorang pengawal keselamatan terpaksa mengharungi detik menakutkan Rabu lalu, apabila ‘diculik’ dan dibelasah konco peminjam wang.

Lebih empat jam dia didera termasuk dicucuh puntung rokok dan diugut akan dicampak dari tingkat 10 disebabkan gagal melunaskan hutang RM18,000.

Selain dibelasah, mangsa dibuli seperti kebudakan termasuk membaca ikrar, menyanyi lagu dikir barat dan muka diconteng dakwat cap jari.

Mangsa hanya mahu dikenali sebagai Azlan, 32, dari Gua Musang, Kelantan meminjam wang terbabit pada 2012 kerana mahu menyelesaikan urusan kewarganegaraan ibu mentua, seorang rakyat Thailand dari Pattani.
Azlan yang ditemui di Hospital Kajang berkata, pada hari kejadian dia mengakui gagal membayar pinjaman selama tiga bulan.
--Harian Metro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger