Home » » Wanita diserang gara-gara berpakaian ketat

Wanita diserang gara-gara berpakaian ketat

Written By aku on Tuesday, 28 January 2014 | 7:39 am


MELAKA – Gara-gara didakwa berpakaian ketat, seorang wanita yang memasuki kawasan sekolah untuk bertemu guru besar hampir diserang seorang pengawal keselamatan, lapor mStar Online.
Wanita tersebut yang merupakan seorang eksekutif pemasaran, Fatimah Abdullah, 28, dari Desa Ria, Tangga Batu mendakwa pengawal dalam lingkungan umur 40-an itu memarahinya kerana memakai yang menampakkan susuk tubuh.
Dia juga mendakwa pengawal itu cuba memukulnya sebelum dihalang oleh guru dan kerani sekolah yang melihat insiden itu.
Menceritakan semula kejadian yang berlaku Khamis lalu, fatimah berkata dia ke sekolah berkenaan untuk menemui guru besar bagi membincangkan mengenai hal pelajaran dua anaknya yang berumur 10 dan lapan tahun.
“Saya memakai pakaian seragam kerja ketika pergi ke pejabat sekolah. Namun pengawal keselamatan itu menuduh saya mendedahkan bentuk badan saya kerana memakai pakaian ketat.
“Saya terkejut kerana saya tidaklah berpakaian yang tidak sopan. Dia juga menyuruh saya pulang ke rumah dan menukar pakaian,” katanya.
Bagaimanapun menurut wanita itu, dia tidak mengendahkan larangan berkenaan dan meminta agar pengawal itu tidak menjaga hal peribadinya.
“Dia kemudiannya meluru ke pejabat dan saya percaya dia mahu memukul saya. Walau bagaimanapun tindakannya berjaya dihalang oleh guru dan kerani,” tambahnya.
Fatimah yang kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Tanjung Keling berkata, beliau turut mengemukakan aduan kepada Pejabat Pelajaran Daerah.
“Saya berasa dihina kerana kejadian itu berlaku dalam perhatian guru-guru dan kakitangan sekolah.
“Saya hairan dengan tindakan pengawal itu kerana saya tidak memakai skirt pendek atau bikini ke sekolah,” katanya.
“Kedua-dua anak saya juga berasa malu kerana kejadian itu menjadi buah mulut orang sekolah,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger