Kisah Benar Anak Durhaka Belikan Daging Khinzir Untuk Ibu Berbuka Puasa !!
Written By aku on Wednesday, 12 February 2014 | 7:23 am
Tak mampu saya nak tahan air mata ketika mendengar kisah
benar yang diceritakan oleh seorang ustaz dalam tazkirahnya
di sebuah masjid dalam kawasan Jengka baru baru ini. Sekitar
awal 90an, seorang pemuda 30an menjerit jerit seorang diri di
rumahnya tiap kali sampai waktu maghrib terutamanya di bulan
Ramadhan, dia meraung setiap hari bagaikan orang diserang
histeria.
Jirannya membawa lelaki itu bertemu dengan ustaz tadi yang
ketika itu bertugas sebagai pensyarah UiTM Kuantan untuk
diubati.
Pemuda melayu itu kemudiannya menceritakan satu peristiwa
menyayat hati. Ceritanya beberapa tahun sebelum itu dia
tinggal dengan ibunya. Dia seorang yang nakal dan liar. Tidak
mengerjakan solat dan berpuasa. Suatu hari ibunya meminta
dia belikan lauk untuk berbuka puasa, lelaki itu sedang tidur.
Dia tak mahu pergi ke pasar. Berulang kali disuruh siibu, dia
tetap berdegil. Hingga akhirnya dengan perasaan marah
kepada siibu yang terus memaksa, dia terus ke pasar dengan
hati yang tidak ikhlas, dibelinya daging untuk ibunya memasak.
Si ibu gembira, berselera dia berbuka puasa hari itu.
Pemuda berhenti bercerita kepada ustaz. Tiba tiba dia
menangis lagi. Meraung bagaikan dirasuk syaitan. Dalam sedu
tangisnya dia bertanya , “Ustaz tahu daging apa yang saya
beli?”, Ustaz menggeleng kepala tanda dia tidak tahu.
“Daging apa?” tanya ustaz kembali. “Saya beli daging babi
ustaz!, saya berdosa Ustaz”, jawab pemuda itu.Ustaz
tergaman tidak terkata. Astaghfirullah hanya itu saja yang
mampu diungkapkan.
Lelaki 30 an meneruskan cerita. Pernah satu hari dalam bulan
Ramadhan saya belikan daging ular yang siap dipotong untuk
ibu saya menyediakan lauk berbuka puasa ceritanya lagi. Saya
bagi tau ibu, saya belikan ekor lembu untuk ibu buat sup.
Maghrib itu ibu berbuka dengan sup ular yang disangkakannya
sup ekor. Ya Allah besarnya dosa saya ustaz.
Dalam senda tangisnya itu pemuda itu memberitahu ustaz itu
lagi, ibunya selepas itu ditimpa sakit dan meninggal dunia.
Selepas meninggal dunia pemuda itu telah insaf dan bertaubat.
Tetapi setiap kali tiba nya waktu Maghrib terutamanya bulan
Ramadhan, pemuda itu tidak dapat lupa kejahatannya memberi
ibunya berbuka puasa dengan daging babi dan ular. Dia tak
mampu menahan perasaan bersalahnya ketika itu yang
menyebabkan dia akan menangis dan meracau setiap hari
mengenangkan dosa dosanya kepada si ibu yang sudah tiada di
muka bumi ini.
Semua ahli jamaah yang mengikuti tazkirah malam itu begitu
teruja sekali. Bayangkan adanya pada zaman moden ini anak
yang sanggup memperlakukan ibunya sendiri seperti dilakukan
pemuda tadi.
Ustaz menghabiskan tazkirahnya malam itu dengan
mengingatkan hadis nabi beahawa malaikat berdoa , laknat
Allah ke atas mereka yang yang mengabaikan kedua ibu
bapanya ketika mereka telah tua. Dua orang ibu bapa boleh
pelihara sepuluh orang anak hinga remaja. Tetapi sepuluh
orang anak belum tentu dapat jaga kedua orang tuanya ketika
mereka sudah tua.
Semoga taubat lelaki itu diterima oleh Allah dan dijadikan
pengajaran kepada kita yang masih hidup ini.
Labels:
Agama