Home » » Tahanan mati dalam keadaan bogel

Tahanan mati dalam keadaan bogel

Written By aku on Tuesday, 11 February 2014 | 8:15 am


NIBONG TEBAL – Seorang lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes curi ditemui mati di lokap Balai Polis Nibong Tebal, di sini hari ini akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS), Superitendan Shafien Mamat berkata A Punniyanathan, 40, ditemui dalam keadaan bogel dan tertiarap di lantai lokap pada 6.20 pagi.
“Hasil bedah siasat yang dijalankan Hospital Seberang Jaya (HSJ) mendapati lelaki yang ditahan pada Rabu lepas itu mati disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru. Tiada kecederaan ditemui pada badannya,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Shafien berkata, anggota yang membuat rondaan malam tadi mendapati lelaki terbabit meracau, menjerit dan menanggalkan pakaiannya hingga bogel dalam sel tahanannya.
“Anggota kami sudah nasihatkannya supaya berkelakuan baik, bagaimanapun dia terus bising dan meracau-racau sebelum diam dan ditemui mati pagi ini,” katanya.
Shafien berkata, lelaki itu turut berkelakuan sedemikian Sabtu lalu sambil mengadu sakit dan polis membawanya untuk rawatan di Hospital Sungai Bakap, di sini, lapor Bernama.
Doktor memberi satu suntikan dan memaklumkan dia bertindak sedemikian kerana berada dalam ketagihan arak, kata Shafien sambil memberitahu lelaki yang berasal dari Sungai Bakap itu mempunyai beberapa rekod jenayah termasuk curi dan gaduh.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger