Home » » Nahas kereta curi

Nahas kereta curi

Written By aku on Tuesday, 11 February 2014 | 8:19 am


Shah Alam: Dua penyamun berputih mata apabila kereta yang baru disamun mereka terbabit dalam kemalangan ketika cuba melarikan diri dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Seksyen 16, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam itu, suspek dikatakan baru saja menyamun sebuah kereta PERODUA Myvi milik seorang lelaki yang baru selesai membeli barangan di sebuah pasar raya berhampiran.


Suspek yang dipercayai berusia 20-an menaiki dua motosikal bersama dua lagi rakannya menghampiri mangsa yang sedang memasukkan barangan ke dalam keretanya
.Difahamkan, sebaik tiba di hadapan pasar raya itu, suspek terus mengacukan parang dan merampas kunci kereta milik mangsa sebelum melarikan kereta berkenaan menghala ke Lebuhraya Persekutuan.


Namun, sebaik tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kereta yang dinaiki suspek merempuh sebuah bas kerana gagal mengelak sebuah kereta yang datang dari arah bertentangan.


Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, susulan kemalangan itu, kereta yang disamun itu mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan, namun semua suspek berjaya melarikan diri.

“Siasatan lanjut ke atas kereta berkenaan, polis menjumpai dua topi keledar serta sebilah parang milik suspek,” katanya ketika dihubungi.


Azisman berkata, usaha mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata.
--Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger