Gambar Gambar Dan Video Pantai Port Dickson dilanda 'belalai air'
Written By aku on Friday, 8 August 2014 | 2:18 pm
Port Dickson: Fenomena angin puting beliung kecil di permukaan laut atau dikenali sebagai belalai air yang berlaku di Pantai Batu 2 di sini, pagi ini mengejutkan orang ramai.
Beberapa penduduk ditemui berkata, mereka bingung melihat fenomena itu, namun bersyukur kerana angin kencang berkenaan hanya berlaku di kawasan laut dan tidak mengakibatkan kemusnahan harta benda.
Penduduk Zaidi Abdul Jalal, 34, berkata kejadian dipercayai berlaku pada jam 10 pagi diikuti guruh dan hujan lebat pada 10.45 pagi.
Menurutnya, dia terkejut apabila melihat kejadian itu di Pantai Batu 2 pada jam 10.15 pagi dan tidak pasti dari mana datangnya puting beliung itu yang bergerak laju menuju Pantai Batu 4 sebelum hilang setengah jam kemudian.
Seorang lagi penduduk Mohd Azreen Shamsudin, 24, yang berada di bandar ini mengaku berasa gentar apabila bergerak ke tepi pantai ketika melihat puting beliung berkenaan.
Katanya, ini kali pertama dia melihat kejadian itu dan bersyukur ia tidak membabitkan kemusnahan hantar benda atau kehilangan nyawa.
Sementara itu, jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia ketika dihubungi berkata, puting beliung kecil atau belalai air adalah fenomena biasa di negara ini.
Katanya, keadaan itu berlaku akibat tekanan rendah dan keadaan berawan di tempat kejadian. SUMBER FB DAN HMETRO
Labels:
Semasa