Home » » Guan Eng desak Ahli Parlimen PAS mohon maaf dan ugut saman

Guan Eng desak Ahli Parlimen PAS mohon maaf dan ugut saman

Written By aku on Thursday 7 August 2014 | 10:00 pm


GEORGETOWN: Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini, mendesak Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan untuk menarik balik dan memohon maaf terhadap kenyataannya mengenai projek terowong dasar laut Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Beliau berkata, Ahli Parlimen PAS itu berbohong mengenai projek mega berkenaan termasuk menyatakan fakta salah berhubung perkara itu.


Nuffnang Ads
“Nasrudin diberi tempoh 24 jam untuk membuat permohan maaf berkenaan dan jika gagal saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

“Saya tidak mempunyai pilihan melainkan melayan beliau seperti mana lawan dari Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang media di KOMTAR di sini, sebentar tadi.

Guan Eng berkata, Nasrudin berbohong mengenai pemberian rundingan terus dalam projek pembinaan terowong berkenaan dan kenyataannya yang mendakwa Kerajaan Pulau Pinang mencatat bajet defisit selama enam tahun adalah tidak benar.

Nasrudin, dalam kenyataan yang disiarkan akhbar kelmarin, mengutarakan beberapa persoalan mengenai isu pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) di Selangor dan terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Katanya, beliau pelik kenapa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dibantai teruk kerana projek yang bukan bawah bidang kuasanya, sedangkan Guan Eng tidak walaupun projek terowong itu di bawah bidang kuasanya.
--SUMBER
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger