Home » » Sehingga 8.30 Malam – Majoriti Mahu Khalid Kekal MB

Sehingga 8.30 Malam – Majoriti Mahu Khalid Kekal MB

Written By aku on Thursday 7 August 2014 | 9:29 pm


Mengikut sebuah undian sah yang dilakukan di laman Poll Code (klik), melalui 3,065  undi yang dibuat setakat 8.30 malam tadi, 60 peratus penggundi atau 1,837 orang memilih agar Menteri Besar (MB), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus kekal dengan jawatan berkenaan.

Ia adalah respon atau jawapan kepada soalan utama yakni dengan krisis PKR dan politik Selangor semakin parah, mana tindakan yang paling sesuai untuk kebaikkan rakyat.

Sementara itu, tinjauan Mynewshub juga mendapati 20 peratus (619 orang) pengundi bersetuju agar Dewan Undangan Negeri Selangor dibubarkan bagi memberi laluan untuk pilihan raya peringkat negeri diadakan.

Satu cadangan yang pada hemat penulis adalah amat sesuai sekali. Namun ia akan menelan belanja yang amat tinggi dan sebenarnya boleh dielakkan.

Manakala 12 peratus (365 orang pengundi) mahukan MB baru dari parti PAS pula dilantik. Ini juga satu cadangan yang menarik.



Sementara hanya 8 peratus  (244)  yang mahukan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi MB baru.

Tidak diketahui secara jelas pihak mana yang menganjurkan undian berkenaan.

Selepas ini penulis tak pasti apa yang akan berlaku.

Kalau orang-orang Datuk Seri Anwar atau isterinya serbu masuk laman tu dan mula memilih Wan Azizah, maka keputusan akan berubah. Itulah kelemahan undian dalam talian, amat mudah untuk dimanipulasi.

Namun, secara jujur, penulis yakin setakat berita ini ditulis, 60 peratus mahukan Khalid kekal mencerminkan situasi sebenar di Selangor.

Penulis bukan penyokong Pakatan Rakyat tetapi anak jati Selangor. Namun, kalau ada dari PR yang nak mentadbir Selangor, biarlah Khalid Ibrahim sahaja.

Kita semua tahu beliau seorang pemimpin yang bersih dan jujur.

Imej di atas itu undian yang betul… kalau undian yang dibuat oleh Anwar Ibrahim… maka beginilah keputusannya seperti di bawah ini…kah kah kah… - SUMBER MYNEWSHUB
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger