Home » » Cedera dilibas golok

Cedera dilibas golok

Written By aku on Monday 26 January 2015 | 2:58 pm


Khaled
KAMPUNG RAJA - Seorang lelaki cedera di badan selepas terkena libasan senjata tajam dipercayai sebilah golok dalam kejadian di simpang tiga Kampung Darau, Pasir Akar, di sini, Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, mangsa berusia 53 tahun tiba-tiba dihampiri seorang lelaki dikenali yang tiba-tiba mengeluarkan sebilah golok lalu menyerangnya.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Khaled Che Lah berkata, mangsa tidak sempat mengelak kerana tidak menyangka serangan itu menyebabkan belakang badannya cedera.

“Suspek kemudian melarikan diri dan meninggalkan mangsa yang sedang kesakitan di tempat kejadian.

“Mangsa mengesyaki suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang enggan meminjamkan duit kepada ibunya,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan mangsa yang bekerja sebagai petani mengalami luka kecil di belakang badan dan mendapatkan rawatan di Hospital Besut.

“Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Pasir Akar untuk tindakan lanjut dan usaha memburu suspek giat dijalankan.

“Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger