Home » » Minta tubuh, dapat penumbuk

Minta tubuh, dapat penumbuk

Written By aku on Monday 19 January 2015 | 8:20 am


Sehebat-hebat akal seorang penjenayah licik pun boleh tertangkap, apatah lagi kalau jenis yang pendek akal seperti peragut ini. Dalam kes yang dikatakan berlaku di Jalan Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu pada Sabtu, seorang lelaki telah meragut beg seorang wanita.
Suspek kemudian bertindak menghubungi mangsa dan menawarkan untuk menyerahkan kembali beg tersebut dengan syarat wanita itu hendaklah menyerahkan tubuhnya sebagai ganti.
Mangsa yang berpura-pura setuju segera memaklumkan kepada keluarga mengenai perkara itu. Hasilnya, suspek telah ditangkap dan dipukul oleh keluarga mangsa selepas datang ke lokasi dijanjikan seterusnya diserahkan kepada pihak polis.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger