Home » » DAP sudah tidak sabar putuskan hubungan dengan Pas

DAP sudah tidak sabar putuskan hubungan dengan Pas

Written By aku on Tuesday 16 June 2015 | 12:07 pm


KOTA BHARU - DAP dilihat makin tidak sabar keluar PR, seterusnya memutuskan hubungan dengan Pas.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata,  jika diteliti dari segi rentetan, di peringkat  awal lagi DAP  memutuskan hubungan dengan Pas di Sarawak.

Menurutnya, ia kemudian berlarutan sehingga mengaitkan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat seperti perancangan mencari alasan berpisah dengan PR.

"Sebagaimana diperkatakan sebelum ini, sepatutnya DAP bersabar dahulu kerana keputusan muktamad masih belum dibuat walaupun mungkin ia sama dengan usul dikemukakan menerusi muktamar, baru-baru ini.

“Orang belum bercerai, kita sudah halau keluar rumah. Biar sah penceraian, baru boleh halau. Bagi saya, tindakan itu lebih mencari alasan keluar dan putus hubungan dengan Pas,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas isu Setiausaha Pas Pulau Pinang, Mohd Fadzil Kemi yang memegang jawatan sebagai Pegawai Penerangan kepada Pejabat Ketua Menteri negeri itu di diberhentikan perkhidmatan.

Mohd Amar yang juga Timbalan  Pesuruhjaya I Pas Kelantan juga meminta keputusan dilakukan DAP itu diterima kerana ia sudah diputuskan oleh pimpinan negeri itu.

Sementara itu, mengulas  tindakan bakal dikenakan terhadap Presiden Pasma, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang dikatakan akan menggerakkan usaha membolehkan parti baharu ditubuhkan bagi menggantikan Pas dalam PR, beliau berkata, pihaknya tidak gopoh beri tindakan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger